Menu
Sony_Ericsson SejarahEricsson, yang telah berada dalam pasaran telefon bimbit sejak berdekad, membuat keputusan untuk melepaskan bisnes ini pada tahun 2001 berikutan kerugian besar. Ericsson membuat keputusan untuk memperolehi sumber cip bagi telefon bimbitnya daripada sumber tunggal, sebuah kilang Philips di New Mexico. Pada Mac 2000 kebakaran di kilang Philips tersebut telah menyebabkan pencemaran di makmal steril. Philips memberi jaminan kepada Ericsson dan Nokia (satu lagi pelanggan utama kilang tersebut) bahawa pengeluaran akan tertangguh dalam masa kurang daripada seminggu. Apabila sudah jelas bahawa pengeluaran sebenarnya tertangguh selama berbulan-bulan, Ericsson mengalami masalah kekurangan bahan yang serius. Nokia sudah pun mula mendapatkan bahagian daripada sumber alternatif, tetapi keadaan Ericsson position bertambah buruk memandangkan kedua-dua pengeluaran bagi model semasa serta pelancaran model baru telah ditangguhkan.[1]
Sony Ericsson ialah penaja global kepada Persatuan Tenis Wanita (WTA), dan kerja-kerja bersama persatuan tersebut bagi mempromosikan pertandingan jelajah di lebih 80 bandar raya.
Sony Ericsson telah membeli UIQ Technology, sebuah syarikat perisian Sweden daripada Symbian Ltd. pada Februari 2007. Miles Flint mengumumkan bahawa UIQ akan kekal sebagai sebuah syarikat bebas.[perlu rujukan]
Pada 15 Oktober 2007, Sony Ericsson mengumumkan semasa Pertunjukan Telefon Bimbit Pintar Symbian bahawa mereka akan menjual separuh daripada saham UIQ yang dimilikinya kepada Motorola, menjadikan teknologi UIQ dimiliki oleh dua syarikat besar telefon bimbit.
Menu
Sony_Ericsson SejarahBerkaitan
Sony Sony Music Malaysia Sony Xperia Z Sony's Spider-Man Universe Sony Ericsson Sony Music Sony Interactive Entertainment Sony Xperia Z5 Sony Dwi Kuncoro Sony Pictures TelevisionRujukan
WikiPedia: Sony_Ericsson http://www.clubsonyericsson.com/en/index.php http://www.ericsson.com/ http://www.ericsson.com/mobilityworld/ http://www.esato.com http://www.sony.com/ http://developer.sonyericsson.com/ http://www.sonyericsson.com/ http://www.sonyericsson.com http://www.sonyericsson.com/fun/portal http://www.sonyericsson.com/spg.jsp?cc=global&lc=e...