Tujuan Spartacus

Sejarawan klasik membagi mengenai apa sebenarnya motif Spartkcus. Ploutarkhos menulis bahawa Spartacus hanya ingin melarikan diri ke utara menuju Gaul Cisalp dan membubarkan anak buahnya kembali ke rumah mereka, seperti yang digambarkan pada film tahun 1960, "Spartacus",[38] Appian dan Florus menulis bahawa beliau bermaksud untuk masuk dalam barisan Romawi.[39] Appian juga menyatakan bahawa beliau kemudian meninggalkan tujuannya, yang tidak lebih dari sebuah refleksi dari ketakutan Romawi. Tidak ada tindakan Spartacus yang menunjukkan bahawa beliau bertujuan untuk mereformasi masyarakat Romawi atau menghapuskan perbudakan.

Terdapat beberapa peristiwa di akhir 73 SM dan awal 72 SM yang menunjukkan beberapa kelompok memperkerjakan hamba secara bebas[40] serta sebuah pernyataan oleh Ploutarkhos bahawa beberapa hamba yang melarikan diri lebih cenderung mahu menyerang Itali daripada melarikan diri ke Pergunungan Alpen,[38] maka para penulis sejarah moden telah menyimpulkan bahawa adanya perpecahan puak antara mereka, yakni antara puak yang berada di bawah Spartacus ingin melarikan diri ke atas Pergunungan Alpen untuk kebebasan, dan mereka yang setia di bawah Crixus yang ingin kekal di selatan Itali untuk terus merompak dan menyerang.

Rujukan

WikiPedia: Spartacus http://books.google.bg/books?id=nDywHFWbTrwC&pg=PA... http://www.ancientlibrary.com/smith-dgra/0501.html http://books.google.com/books?ei=9RFqTYbQEcu34AbRi... http://books.google.com/books?id=Bn6FAAAAIAAJ&q=sp... http://books.google.com/books?id=j3LowhKACVwC&pg=P... http://www.historynet.com/ancient-history-spartacu... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/...