Ploutarkhos
Ploutarkhos

Ploutarkhos

Loúkios Mestrios Ploútarkhos (Λούκιος Μέστριος Πλούταρχος, Bahasa Latin: Lucius Mestrius Plutarchus, nama Inggeris: Plutarch, k.k. 46- 127) ialah seorang ahli sejarah, periwayat, dan penulis esei dari Yunani.Beliau merupakan kelahiran Khaironeia, sebuah bandar kecil di kawasan Yunani yang dikenali sebagai Boeotia, mungkin pada masa pemerintahan Maharaja Claudius. Beliau jauh mengembara di dunia Mediterranean, termasuk dua kali ke Rom. Disebabkan kekayaan ibu bapanya, Ploutarkhos dapat membelajari falsafah, retorik, dan matematik di Akademi Athens selepas tahun 67. Ploutarkhos mempunyai beberapa kawan yang amat berpengaruh, termasuk Soscius Senecio dan Fundanus. Kedua-dua kawan ini adalah senator yang beliau mendedikasikan sebilangan penulisannya yang kemudian. Ploutarkhos tinggal di Chaeronea untuk kebanyakan hidupnya dan diperkenalkan dalam misteri Apollo, dewa Yunani. Bagaimanapun, tanggungjawabnya sebagai orang yang lebih lama kepada dua orang pendeta Apollo di Tempat Keramat Delphi (Oracle of Delphi, di mana beliau bertanggungjawab untuk mentafsirkan petanda-petanda Pythia) tidak mengambil banyak masanya — beliau mengamalkan kehidupan sosial dan awam yang aktif dan menghasilkan amat banyak tulisan, kebanyakan daripada ini masih wujud.