Sri_Diraja_Sultan_Ahmad_Shah_Pahang

Darjah Kebesaran Peringkat Pertama, Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang[1] yang membawa gelaran Dato’ Sri Diraja adalah dicadangkan bagi kurniaan sebagai satu kehormatan yang istimewa terutamanya kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan terpuji dan cemerlang kepada Raja Pemerintah, Negeri Pahang Darul Makmur dan rakyat keseluruhannya. Pengurniaan ini biasanya diberikan kepada Pegawai Kerajaan Kumpulan Turus atau yang setaraf dengannya dalam Perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Penguasa-Penguasa Tempatan atau kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak menerimanya.Kalung Darjah Kebesaran ini hendaklah mengandungi empat keping emas dengan ukiran bintang pecah enam, lapan keping emas dengan ukiran bintang pecah sepuluh, dua keping kerawang pin bahu emas, sekeping kerawang kepala depan rantai emas dan sekeping kerawang kepala belakang rantai emas dan dicantumkan dengan rantai perak. Di muka bagi tiap-tiap kepingan emas ini terletak sama ada ukiran Lambang Kebesaran Negeri Pahang, perkataan “Dilindungi Allah” dalam tulisan Jawi, daun kopi dan bintang berbucu sepuluh.Bintang Darjah Kebesaran ini adalah berupa bintang yang diperbuat daripada emas 24 karat dengan enamel berwarna hitam dan putih. Bintang Darjah Kebesaran ini berupa bintang yang berbucu lima dan mempunyai kerawang bunga kopi. Di tengah-tengah Bintang ini terletak Lambang Kebesaran Negeri Pahang.Lencana hendaklah berupa ukiran bintang lima bucu diperbuat daripada emas dan di mukanya terletak ukiran diperbuat daripada emas, wajah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Shah.Riband atau Selepang Darjah Kebesaran ini hendaklah selepang panajang sutera selebar 31/2 inci berwarna kuning bertepikan jaluran warna hitam dan putih dengan tiga jaluran hitam dan putih di tengah-tengahnya.

Sri_Diraja_Sultan_Ahmad_Shah_Pahang

Status Masih lagi dikurniakan
Singkatan darjah SDSA
Sultan Al-Sultan Abdullah
Pelantikan pertama 2010
Lebih rendah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
Lebih tinggi Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati II
Gred Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang
Jenis Perintah