Sri_Gading
Sri_Gading

Sri_Gading

Sri Gading atau Seri Gading merupakan sebuah bandar dan kawasan parlimen yang terletak di Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia. Dalam peta, terletak pada koordinat 1° 49' 0 Utara , 103° 1' 0 Timur. Antara bandar berdekatan ialah Batu Pahat, Parit Raja, Parit Yaani, Ayer Hitam dan Yong Peng, Kampung Parit Jelutong, Taman Chempaka Bandar dan Taman Bukit Pasir.[2] Kampung Seri Gading terletak di Jalan Parit Yaani-Seri BengkalGading ialah senjata seekor gajah, berwarna putih dan dipotong untuk dijadikan ramuan ubat-ubatan. Semakin panjang gading gajah, semakin tua dan bernilai harga gading tersebut. Kawasan ini dibuka pada lewat 1970-an. Rupa bumi kawasan ini agak rendah. Pada 4 Januari 2007, beberapa kampung pedalaman dilanda banjir semasa musim tengkujuh. Sejak 2005, bekalan air yang disalurkan dari Empangan Semberong menghadapi beberapa kali gangguan bekalan.