Sri_Mulyani
Sri_Mulyani

Sri_Mulyani

Sri Mulyani Indrawati, S.E., M.Sc., Ph.D (lahir di Bandar Lampung, Lampung, 26 Ogos 1962; umur 57 tahun) adalah wanita sekaligus orang Indonesia pertama yang menjawat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Bank Dunia. Jawatan ini diembannya mulai 1 Juni 2010 hingga dia dipanggil kembali oleh Presiden Joko Widodo untuk menjawat sebagai Menteri Keuangan menggantikan Bambang Brodjonegoro, dia mulai menjawat lagi sejak 27 Juli 2016. Sebelum ini, dia memegang jawatan Menteri Keuangan Kabinet Indonesia Bersatu. Ketika beliau menjadi Pengarah Urusan Kumpulan Bank Dunia maka beliau pun meninggalkan jawatannya sebagai menteri keuangan saat itu. Sebelum menjadi menteri keuangan, dia menjawat sebagai Menteri Negara Perencanaan Pembangunan Nasional/Kepala Bappenas dari Kabinet Indonesia Bersatu.Sri Mulyani sebelumnya dikenal sebagai seorang pengamat ekonomi di Indonesia. Beliau menjawat sebagai Kepala Lembaga Penyelidikan Ekonomi dan Masyarakat Fakultas Ekonomi Universitas Indonesia (LPEM FEUI) sejak Jun 1998. Ketika Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengumumkan perombakan kabinet pada 5 Disember 2005, Sri Mulyani dipindahkan menjadi Menteri Keuangan menggantikan Jusuf Anwar. Sejak tahun 2008, beliau menjawat Pelaksana Tugas Menteri Koordinator Bidang Perekonomian, setelah Menko Perekonomian Dr. Boediono dilantik sebagai Gubernur Bank Indonesia. Beliau dilantik menjadi pengarah urusan Bank Dunia pada 1 Jun 2010 sampai dia dipanggil kembali oleh Presiden Joko Widodo untuk menjadi Menteri Kewangan lagi pada kabinetnya dan rasmi berkhidmat sejak 27 Julai 2016. Sri Mulyani merupakan pakar ekonomi, anggota lembaga pengarah dan pengurusan kanan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).Beliau dilihat sebagai reformis ekonomi Indonedia. Pelabur tempatan dan asing kembali yakin untuk meraih keuntungan di Indonesia. Beliau dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia untuk tahun 2006 oleh Emerging Markets pada 18 September 2006 di sela Sidang Tahunan Bank Dunia dan IMF di Singapura.[2] Beliau juga terpilih sebagai wanita paling berpengaruh ke-23 di dunia oleh majalah Forbes tahun 2008[3] dan wanita paling berpengaruh ke-2 di Indonesia versi majalah Globe Asia bulan Oktober 2007.[4]

Rujukan

WikiPedia: Sri_Mulyani http://www.smh.com.au/world/indonesia-reels-from-c... http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_c... http://beritasore.com/2009/10/22/sri-mulyani-ekono... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=newsarchive... http://www.businessweek.com/news/2010-05-05/indone... http://finance.detik.com/read/2016/07/27/125001/32... http://www.detikfinance.com/read/2008/08/28/120531... http://www.euromoney.com/Article/1079138/Title.htm... http://www.forbes.com/lists/2008/11/biz_powerwomen... http://www.globeasia.com