Stadium_Antarabangsa_Jakarta

Stadium Antarabangsa Jakarta[lower-alpha 1] (sebelumnya Stadium Bersih Manusia Wibawa)[3] adalah sebuah sebuah stadium bola sepak yang terletak di Papanggo, Tanjung Priok, Jakarta, Indonesia. Menjadi gelanggang rasmi bagi pasukan bola sepak Persija Jakarta selepas berpindah keluar dari Stadium Gelora Bung Karno, stadium ini turut menjadi rumah bagi pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia setelah persetujuan tercapai di antara Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan PT JAKPRO untuk menggunakan kemudahan baru ini.[4]Stadium ini mula dibina secara rasmi pada lewat 2019, setelah mengalami penangguhan yang disebabkan oleh pertikaian tanah dan tuntutan mahkamah tindakan kelas oleh bekas setinggan, di mana rumah mereka dimusnahkan untuk memberi laluan kepada stadium.[5] Kompleks stadium ini dibina di atas tanah berkeluasan 22 hektar (54 ekar) dan bangunan stadium sendiri dibina dengan keluasan 375.7 meter persegi (4,044 ka2).[6] Stadium ini mampu menampung 82 ribu penonton, menjadikannya stadium terbesar di dalam negara.[7][8] Ia turut menjadi stadium dengan bumbung boleh sentut terbesar di Asia dan yang kedua terbesar di dunia mengikut muatan selepas Stadium AT&T di Arlington, Texas, Amerika Syarikat.

Stadium_Antarabangsa_Jakarta

Operator Persija Jakarta
Pemilik Pemerintah DKI Jakarta
Dibina September 2019 – Februari 2022
Saiz Padang 105 x 68 meter
Nama dahulu Stadium BMW Jakarta (fasa perancangan)
Koordinat 6°7′31.1″S 106°51′44.1″E / 6.125306°S 106.862250°E / -6.125306; 106.862250Koordinat: 6°7′31.1″S 106°51′44.1″E / 6.125306°S 106.862250°E / -6.125306; 106.862250
Permukaan Rumput hibrid
Tanah memecah 14 Mac 2019; 3 tahun yang lalu (2019-03-14)
Lokasi Tanjung Priok, Jakarta Utara, Indonesia
Dibuka Mac 2022; 5 bulan yang lalu (2022-03) (pembukaan lembut)
April 2022; 4 bulan yang lalu (2022-04) (pembukaan besar)
Kapasiti 82,000
Kontraktor utama Usaha sama antara PT WIKA Gedung, PT PP (Pembangunan Perumahan) dan PT Jaya Konstruksi
Kos pembinaan Rp 4.5 trilion (AS$ 312 juta)
Arkitek PDW Architects

Rujukan

WikiPedia: Stadium_Antarabangsa_Jakarta http://www.thejakartapost.com/news/2014/03/14/jaka... http://www.thejakartapost.com/news/2017/03/02/jaka... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Stadi... https://metro.tempo.co/read/1084033/sandiaga-stadi... https://sport.detik.com/sepakbola/liga-indonesia/d... https://www.instagram.com/p/CFyXtqeHBin/ https://megapolitan.kompas.com/read/2018/05/04/180... https://www.pramborsfm.com/sport/menpora-pastikan-... https://www.medcom.id/foto/grafis/Rkjvzpgk-segera-...