Standartenführer (
[ʃtanˈdaʁtn̩.fyːʀɐ], "pemimpin
panji-panji") adalah sejenis pangkat separa tentera
Parti Nazi (NSDAP) yang digunakan dalam beberapa organisasi NSDAP, seperti
SA,
SS,
NSKK dan
NSFK.
[1][2] Mula-mula dizahirkan sebagai satu gelaran pada tahun 1925, pada 1928 pangkat itu menjadi salah satu pangkat NSDAP pertama yang ditauliahkan dan telah dianugerahkan kepada para pegawai SA dan SS yang memerintah unit-unit yang dikenali sebagai
Standarten dimana ia adalah formasi bersaiz rejimen meliputi 300 hingga 500 anggota.
[1]Pada tahun 1929 pangkat Standartenführer telah dibahagi kepada 2 pangkat berasingan yang dikenali sebagai Standartenführer (I) dan Standartenführer (II). Konsep ini telah ditinggalkan pada 1930 apabila kedua-dua SA dan SS mengembangkan sistem pangkat mereka bagi membolehkan lebih banyak jawatan pegawai dan dengan itu hanya keperluan untuk pangkat Standartenführer yang satu. Pada tahun 1933, apabila
Adolf Hitler berkuasa di
Jerman, Standartenführer telah disahkan sebagai pangkat
pegawai medan tertinggi, rendah sedikit dari
Oberführer SS dan SA. Menjelangnya
Perang Dunia II, Standartenführer secara meluas dikenali sebagai
pangkat SS dan
pangkat SA. Didalam
Waffen-SS, pangkat ini telah dianggap setaraf dengan
Oberst, iaitu kolonel penuh.
[3]Insignia bagi Standartenführer terdiri daripada satu dedaun oak yang dipamerkan pada kedua-dua belah kolar.
[4] Standartenführer merupakan pangkat SS dan SA pertama yang mempamerkan lencana pangkat insignia pada kedua-dua kolar, tanpa mempamerkan
insignia unit.
[4] Dari tahun 1938,
uniform terbaru SS mencirikan epaulet
Oberst (Kolonel)
Tentera Darat Jerman sebagai tambahan kepada pelapik kolar berdaun oak.
[5]