Menu
Stesen_Kajang SejarahStesen keretapi Kajang dibuka pada 14 Ogos 1897 apabila sebahagian laluan kereta api utama, KTM Laluan Pantai Barat diantara Sungei Besi dan Kajang dibuka.[1]
Pada dekad 1990-an, stesen ini menjalani pengubahsuaian yang menjadikan stesen ini sebahagian daripada perkhidmatan KTM Komuter bermula November 1995. Laluan ETS mula berkhidmat di stesen ini pada tahun 2008 selepas perasmian laluan ETS Seremban-KL-Ipoh.[perlu rujukan] Walau bagaimanapun, perkhidmatan ETS ditamatkan di stesen ini beberapa tahun sebelum dikembalikan semula pada tahun 2015.[perlu rujukan]
Apabila pembinaan projek MRT Lembah Klang bermula pada tahun 2010, stesen MRT telah direka menjadi stesen pertukaran antara sistem laluan MRT dan sistem KTM Komuter. Stesen baharu ini telah dibina bersebelahan stesen KTM sedia ada. Bahagian MRT dan ruang legar bersama stesen, yang sebahagiannya berada diatas landasan KTM, telah dibina ketika stesen KTM beroperasi seperti biasa sepanjang waktu pembinaan.Stesen bersepadu ini dibuka sebahagian daripada pembukaan fasa pertama Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang pada 16 Disember 2016.[2] Apabila stesen bersepadu ini selesai dibina dan dibuka, struktur lama stesen KTM dirobohkan, Kaunter tiket KTM dan pejabat lain telah dipindahkan ke ruang legar bagunan baharu tersebut.
Menu
Stesen_Kajang SejarahBerkaitan
Stesen Kajang Stesen kereta api Central, Sydney Stesen Pasar Seni Stesen Angkasa Mir Stesen minyak Stesen Sungai Buloh Stesen Keretapi Kuala Lumpur Stesen Televisyen Bandar Ho Chi Minh Stesen MRT Surian Stesen Janakuasa BatterseaRujukan
WikiPedia: Stesen_Kajang http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-rasmi-... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=S... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/laluan-sungai-bul... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/perjalanan-mrt/pa... https://web.archive.org/web/20170722235218/http://...