Platform Stesen_Keretapi_Seremban

Stesen kereta api Seremban, dipandang dari salah satu platform. Landasan yang digunakan oleh kereta api komuter itu (pada platform 1), selalu digunakan oleh kereta api KTM Komuter pada Laluan Rawang-Seremban.

Stesen ini menyediakan perkhidmatan ETS atau "Electric Train Service" yang menghubungkan Gemas ke Butterworth dengan kekerapan dua kali sehari dengan kereta api berlepas pada pukul 5.30 pagi dan 4.30 petang ke Padang Besar dan pukul 4.00 petang ke Butterworth setiap hari.Perkhidmatan ETS berhenti di platform 3. Perkhidmatan KTM Komuter berhenti di sini untuk beberapa minit di platform 1 sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Komuter Pulau Sebang, Melaka dekat Alor Gajah dan platform kedua ke Tiroi serta Kuala Lumpur. Perkhidmatan KTM Antarabandar juga disediakan untuk perjalanan ke seluruh Malaysia. Tren antarabandar biasanya berhenti di platform 1 untuk perjalanan ke selatan dan platform 2 untuk perjalanan ke Kuala Lumpur dan utara. Kaunter tiket untuk semua perkhidmatan turut disediakan

Stesen ini mempunyai satu platform tepi yang bersambung dengan bangunan stesen serta platform 2 dan 3 yang terletak di platform.

Platform
1■Laluan Pantai Barat(Down)Arah Gemas dan Woodlands Train Checkpoint
■Laluan Rawang-SerembanArah Rawang
2■Laluan Pantai Barat(Up)Arah Kuala Lumpur Sentral
■Laluan Rawang-SerembanArah Rawang
3Not in use