Sejarah Stesen_Keretapi_Seremban

Stesen ini dibina pada antara tahun 1904 hingga tahun 1910 dengan kos sebanyak RM26,000.00, berkhidmat untuk beberapa buah syarikat kereta api zaman awal sebelum Keretapi Tanah Melayu mengambil alih pengurusan semua laluan kereta api di Malaya pada tahun 1948. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar dan juga pengangkutan barangan.

Dari 6 Februari 1994 hingga 12 April 1994, stesen ini dijalankan pemodelan semula yang ektensif sebagai persediaan untuk perkhidmatan Laluan Rawang-Seremban KTM Komuter. Kerja-kerja pengubahsuaian menyaksikan penaiktarafan kemudahan KTM Komuter baru dalam stesen, dan juga penaikan aras semua platform di stesen untuk memudahkan penumpang menaik turun kereta api KTM. Sekarang tren komuter telah dipanjangkan hingga Stesen Pulau Sebang dekat Alor Gajah, Melaka.