Stesen_LRT_Maluri

Stesen Maluri ialah stesen transit bersepadu yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Maluri merupakan stesen bagi Laluan Ampang dan Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK). Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Maluri terletak berhampiran stesen ini.Stesen ini mula dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR LRT (kini Laluan Ampang) yang melalui 13 stesen bertingkat antara stesen Ampang dan stesen Sultan Ismail pada 16 Disember 1996. Laluan Sungai Buloh-Kajang pula mula berkhidmat di stesen ini pada 17 Julai 2017 dengan perasmian fasa kedua laluan ini antara stesen Muzium Negara dan stesen Kajang.Di bawah hak penamaan stesen yang diberikan oleh MRT Corp, stesen MRT Maluri dipanggil Stesen MRT Aeon-Maluri.[1] Stesen LRT Maluri masih dikekalkan nama asalnya.

Stesen_LRT_Maluri

Capaian OKU Ya
Kod stesen  AG13   SBK22 
Platform 3:2 platform sisi dan 1 platform tengah
Dimiliki oleh Prasarana Malaysia
MRT Corp
Koordinat 3°7′23.74″N 101°43′37.06″E / 3.1232611°N 101.7269611°E / 3.1232611; 101.7269611Koordinat: 3°7′23.74″N 101°43′37.06″E / 3.1232611°N 101.7269611°E / 3.1232611; 101.7269611
Jenis struktur 3 Bertingkat
9 Bawah tanah
Sambungan Rapid Bus: T352, 400, T400, T401, 402, 450
Dibuka 3 16 Disember 1996
9 17 Julai 2017
Lokasi Stesen Maluri, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
K. letak kenderaan 250 petak parkir kereta dan 50 petak parkir motosikal
Landasan 4
Stesen sebelumnya  Stesen berikutnya
Stesen sebelumnya  Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang
menghala ke Ampang
menghala ke Sungai Buloh
Laluan SBK
menghala ke Kajang
Aliran/laluan 3 Laluan Ampang
9 Laluan Sungai Buloh–Kajang
Pengendali kereta api 3 9 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Nama lain Aeon-Maluri (Nama tajaan stesen MRT)