Pekerjaan Steve_Irwin

Kenaikan ke kemasyhuran

Pada tahun 1991, Steve mengambil alih pengendalian taman Australia, kini dinamakan semula sebagai "Zoo Australia", dan pada tahun 1992 telah bertemu dengan Terri di tamannya dan mereka kemudian berkahwin. Penggambaran bahagian filem yang dibuat oleh John Stainton tentang bulan madu Irwin yang menampilkan pemerangkapan buaya kemudian dijadikan episod pertama "Pemburu Buaya". Filem ini mencapai kejayaan yang luar biasa di Amerika.

Di bawah pimpinan Steve yang ramah, kegiatan perniagaannya berkembang hingga merangkumi zoo, siri televisyen, Yayasan Pemuliharaan Steve Irwin, dan Penyelamat Buaya Antarabangsa. Perbaikan pada Zoo Australianya termasuk Muzium Buaya Planet Haiwan, lau burung hutan hujan, dan Candi Harimau.

Filem

Pada tahun 2001, Steve muncul sebagai watak kameo dalam salah sebuah filem Eddie Murphy, Dr. Dolittle 2. Pada tahun 2002 pula, filem ceritanya yang pertama, Pemburu Buaya: Arah Pandu Perlanggaran (The Crocodile Hunter: Collision Course), telah ditayangkan. Pada keseluruhannya, ulasan-ulasan daripada para pengkritik adalah negatif. Bagaimanapun pada tahun 2003, Irwin telah dilaporkan sebagai dalam susunan untuk menjadi juruacara bagi rancangan temu bual dalam rangkaian televisyen Australia.

Animal Planet

Saluran televisyen Animal Planet kemudian melancarkan episod Crocodile Hunter istimewa yang dipanggil "Crocodiles & Controversy", dalam bahasa melayu "Buaya Dan Kontroversi", yang dikatakan mahu cuba menjelaskan tentang "Insiden Bayi Bob" dan peristiwa di Antartika. Rancangan istimewa ini memberi alasan yang anak lelaki Irwin tidak mungkin akan berada dalam bahaya ditikam buaya dan Irwin tidak boleh membahayakan nyawa bintang terancam di Antartika.

Animal Planet mengakhiri rancangan The Crocodile Hunter dengan siri finale bertajuk "Steve's Last Adventure", dalam bahasa melayu "Pelayaran Steve Yang Terakhir". Dokumentari terakhir rancangan itu memaparkan pelayaran Steve di seluruh dunia, beliau menjelajahi tempat-tempat seperti Himalayas, Yangtze River, Borneo, dan Kruger National Park. Penonton menganggap pemergiannya itu "menyedihkan".

2006

Steve memberi makanan kepada seekor buaya di Australia Zoo.

Pada Januari 2006 sebagai sebahagian bagi perayaan Minggu Australia di Amerika Syarikat, Steve muncul dalam rancangan Pauley Pavilion, UCLA Los Angeles, California. Semasa satu temubual di The Tonight Show with Jay Leno, Steve mengumumkan bahawa Discovery Kids akan memajukan satu rancangan pertunjukan untuk anak perempuannya, Bindi Sue. ''The Tonight Show with Jay Leno, 13 Januari 2006. Rancangan tersebut, Gadis Hutan, adalah tip menyerupai untuk file The Wiggles, dengan lagu berkenaan sebuah cerita. Satu episod panjang rancangan TV Kanak-kanak Australia The Wiggles bertajuk "Wiggly Safari" kelihatan ditujukan khas kepada Steve, dan beliau muncul banyak kali dalamnya beserta isteri dan anak perempuannya. Rancangan tersebut termasuk lagu "Pemburu Buaya, Steve Irwin Yang Besar".

Pada Hari Sabtu 24 Jun, 2006, satu daripada kura-kura paling tua yang terdapat di Zoo Australia Steve Irwin, mati akibat kegagalan jantung. Kura-kura tersebut, Harriet, berusia 176 tahun dan dianggap sebahagian daripada keluarga Irwin. Harriet adalah dipercayai kepunyaan Charles Darwin.

Steve Irwin aktif dalam politik dan merupakan seorang penyokong konservatif Parti Liberal Australia. Khususnya, beliau dengan kuat menyokong Perdana Menteri bertahan John Howard.