Geografi Strabo

Geografi ialah sebuah karya yang terperinci dalam bahasa Yunani. Terdiri daripada 17 jilid, karya ini boleh dianggap sebagai sebuah ensiklopedia tentang pengetahuan geografi pada zaman Strabo. Kecuali bahagian-bahagian dalam Buku 7, karya ini masih wujud dengan lengkap. Bagaimanapun, walaupun karya ini meliputi seluruh dunia yang dikenali oleh orang Yunani dan Rom pada masa Strabo, karya ini mempunyai beberapa kecacatan yang utama:

  • pertahanan yang tetap dan mengganggu bagi pihak pemuisi Homer sebagai sumber geografi yang menyebabkan Strabo mengetepikan penulis-penulis yang lebih terkini, seperti Herodotus, yang seringnya merupakan saksi untuk apa yang mereka melaporkan;
  • keasyikannya terhadap kritikan pengarang-pengarang lain yang amat halus dan seringnya bersifat suka mencari kesalahan untuk berdebat;
  • sikap Yunani yang aneh terhadap fakta yang cenderung memperolehnya melalui pemikiran.

Pendek kata, para pembaca lebih menyukai lebih banyak geografi berbanding cara mengemukakan alasan. Bagaimanapun, cara ini memberikan cendekiawan-cendekiawan moden maklumat sejarah yang bernilai tentang kaedah-kaedah geografi kuno serta maklumat tentang banyak ahli geografi yang karya mereka telah hilang.

Lebih kurang tiga puluh manuskrip Geografi atau bahagian-bahagiannya masih wujud. Hampir kesemua ini merupakan salinan zaman pertengahan, walaupun terdapatnya cebisan-cebisan daripada papirus yang mungkin disalin antara 100 - 300 Masihi. Selama satu setengah abad, cendekiawan-cendekiawan telah berusaha dengan susah payah untuk menghasilkan sebuah edisi yang menepati versi Strabo. Satu edisi yang paling sahih telah diterbitkan sejak 2002, dan dihasilkan pada kadar lebih kurang satu jilid setahun.