Strabo ("juling") ialah istilah yang diberikan oleh
orang Rom kepada orang-orang yang
juling. Ayah-ayah
Julius Caesar dan
Pompey Agung masing-masing digelarkan "
Gaius Julius Caesar Strabo" dan "
Pompeius Strabo". Seorang anak kelahiran
Sicily yang mempunyai penglihatan yang amat jelas sehingga dapat melihat benda-benda dari jarak yang amat jauh seolah-olah benda-benda itu di hadapannya, juga digelarkan "Strabo." Orang lain yang bernama Strabo termasuk
Gaius Julius Caesar Strabo Vopiscus (dari keluarga
Julii Caesares),
Walahfrid Strabo, dan Theodoric Strabo.Tokoh paling penting yang bernama
Strabo (
bahasa Yunani: Στράβων (
63/
64 SM - k.k.
24 Masihi) ialah seorang
ahli sejarah,
ahli geografi, serta
ahli falsafah. Pada hari ini, Strabo paling diingati untuk karya 17-jilidnya, Geographica, yang membawa maksud harfiah, "Geografi". Karya itu memberikan sejarah perihalan tentang orang dan tempat bagi kawasan-kawasan di dunia yang diketahui pada zamannya.Strabo dilahirkan kepada sebuah keluarga yang kaya di Amaseia,
Pontus (kini merupakan sebahagian
Wilayah Amasya,
Turki moden), ketika tempat kelahirannya itu baru-baru sahaja menjadi sebahagian
Empayar Rom. Beliau belajar di bawah berbagai-bagai ahli geografi dan ahli falsafah, mula-mulanya di
Nysa, dan kemudiannya di
Rom. Dari segi falsafah, Strabo adalah seorang penyokong
Stoisisme dan dari segi politik, beliau merupakan penyokong
Imperialisme Rom. Beliau kemudian membuat perjalanan yang luas ke
Mesir dan
Ethiopia, antara lain. Tidaklah diketahui bilanya Geografi ditulis, walaupun komen-komen dalam karya itu meletakkan versi siapnya pada pemerintahan Maharaja
Tiberius. Sesetengah orang menetapkan draf-draf pertamanya pada sekitar
7 Masihi, sedangkan ada orang juga yang menetapkannya pada sekitar
18 Masihi. Karya Geografi itu juga menyebut kematian
Juba, raja Maurousia, pada
23 Masihi.Hampir semua bahagian karya Sejarah telah hilang. Walaupun Strabo sendiri menyebutnya, dan penulis-penulis klasik yang lain mengatakan karya itu wujud, dokumen tunggal yang masih wujud ialah satu serpihan manuskrip
papirus yang kini disimpan oleh
Universiti Milan (dinomborkan semula sebagai [Papirus] 46).Banyak tarikh yang berbeza telah dicadangkan untuk kematian Strato, tetapi kebanyakannya menetapkan tarikh itu tidak lama selepas
23 Masihi.