Pengelasan Suar_suria

Matahari memperlihatkan suar suria kelas C3 (kawasan putih di kiri atas), tsunami suria (jelmaan seakan ombak di kanan atas) dan berbilang filamen magnetisme yang berlepas dari permukaan matahari.

Suar suria digolongkan dalam kelas A, B, C, M atau X mengikut fluks puncak (dalam watt per meter persegi, W/m2) sinar X berjarak 100 hingga 800 pikometer dekat Bumi, seperti yang diukur di kapal angkasa GOES. Setiap kelas ada fluks puncak yang sepuluh kali lebih hebat daripada kelas sebelumnya. Suar kelas X ada fluks puncak peringkat 10−4 W/m2. Dalam setiap kelas ada skala linear dari 1 hingga 9, yang mana suar X2 dua kali kehebatan suar X1, dan empat kali lebih hebat berbanding suar M5. Suar kelas M dan X yang terkuat sering dikaitkan dengan pelbagai kesan terhadap persekitaran angkasa dekat Bumi.

Walaupun pengelasan GOES biasa digunakan untuk menandakan kebesaran suar, namun itu hanya sejenis ukuran. Satu lagi jenis ukuran adalah pengelasan logaritma lanjutan yang perlu kerana jumlah tenaga dalam suar menjangkaui banyak peringkat magnitud, mengikuti taburan seraman yang mana kekerapan suar lebih kurang berkadar dengan songsangan jumlah tenaga.Suar najam dan gempa bumi menunjukkan taburan hukum kuasa yang seumpamanya.[3]