Produksi Suicide_Squad_(filem)

Pembangunan

Pada bulan Februari 2009, Warner Bros. sedang membangunkan filem Suicide Squad dengan Dan Lin, Colin Wilson dan Charles Roven menerbit,[15] manakala Justin Marks menulis skrip.[16] David Ayer menandatangani untuk mengarah dan menulis filem ini pada bulan September 2014.[17][18] Pada 20 Oktober 2014, Ayer bercakap kepada Empire Online tentang filem ini dan berkata bahawa ia adalah Dirty Dozen dengan penjahat dan beliau menyandarkan skrip filem ini dengan pelbagai komik Suicide Squad. Pada 28 Mac 2015, Ayer mengatakan bahawa filem ini juga akan memaparkan Arkham Asylum dimana beberapa ahli Suicide Squad dipenjarakan.[19]

Pemilihan pelakon

Pada bulan Oktober 2014, Warner Bros. telah menawarkan Ryan Gosling, Tom Hardy, Margot Robbie dan Will Smith peranan dalam filem ini.[20] Pada bulan November, The Wrap mendedahkan bahawa Jared Leto berada dalam perbincangan untuk watak Joker.[21] Kemudiannya pada bulan itu, ia telah diumumkan bahawa Robbie telah disahkan untuk melakonkan watak Harley Quinn.[22] Pada bulan Disember 2014, ia telah disahkan oleh Warner Bros. bahawa Smith, Hardy, Leto, Robbie, Jai Courtney dan Cara Delevingne telah menandatangani untuk membintangi filem ini sebagai Deadshot, Rick Flag, Joker, Harley Quinn, Captain Boomerang dan Enchantress.[23] Studio ini juga mempertimbangkan Viola Davis, Octavia Spencer dan Oprah Winfrey untuk watak Amanda Waller.[24]

Pada bulan Januari 2015, Davis menyatakan minatnya untuk melakonkan watak Amanda Waller semasa satu temubual.[25] Tom Hardy terpaksa meninggalkan watak Rick Flag selepas isu penjadualan bersama The Revenant.[26] Jake Gyllenhaal kemudiannya ditawar untuk menggantikan Hardy sebagai Flag tetapi dia menolak tawaran tersebut.[27] Studio ini kemudiannya melihat kepada Joel Edgerton, Jon Bernthal dan Joel Kinnaman untuk melakonkan watak ini.[28][29][30] Pada bulan Februari, Jay Hernandez menyertai barisan pelakon dan Kinnaman disahkan untuk melakonkan watak Flag.[31] Di Anugerah Akademi ke-87, Davis mengesahkan bahawa dia telah dipilih untuk watak Amanda Waller.[32] Pada bulan Mac 2015, Raymond Olubawale dilaporkan mempunyai peranan yang tidak dinyatakan dalam filem ini,[33] dan Scott Eastwood mengumumkan bahawa dia telah dipilih ke dalam barisan pelakon di Twitter.[34] Kemudiannya pada bulan itu, ia telah disahkan bahawa Adewale Akinnuoye-Agbaje dan Karen Fukuhara telah dipilih untuk watak Killer Croc dan Katana.[35] Adam Beach, Ike Barinholtz dan Jim Parrack telah ditambah ke dalam barisan pelakon pada bulan April 2015.[36] Pada bulan Januari 2016, Ben Affleck telah disahkan akan menyambung wataknya sebagai Batman dari Batman v Superman: Dawn of Justice.[8]

Penggambaran

Penggambaran dijadual bermula pada pertengahan bulan April dan berakhir pada bulan Ogos 2015 menggunakan beberapa lokasi berlainan di Toronto, Ontario.[37] Pada Disember 1, 2014, The Hollywood Reporter mendedahkan bahawa Pinewood Toronto Studios telah ditempah untuk memulakan pra-produksi pada bulan Februari dan bahawa penggambaran akan mengambil tempat bermula pertengahan bulan April sehingga September.[38] Penggambaran bermula pada 13 April 2015 dan akan selesai pada 30 Ogos 2015.[39] Pada 26 dan 27 April, penggambaran dijadual mengambil tempat di Hy's Steakhouse.[40] Satu babak ribut salji difilemkan pada 29 April di Adelaide St. dan Ching Lane.[41] Pada 5 Mei, beberapa babak utama difilemkan di pusat bandar Toronto bersebelahan Yonge and Dundas square. Tanda jalan dikeluarkan atas sebab privasi semasa penggambaran pada malam itu.[42] Fotografi utama selesai pada bulan Ogos 2015.[43][44]

Rujukan

WikiPedia: Suicide_Squad_(filem) http://www.boxofficemojo.com/genres/chart/?id=3d.h... http://www.boxofficemojo.com/genres/chart/?id=imax... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=dc2016.htm http://www.cineblend.com/news/Suicide-Squad-Wants-... http://collider.com/harley-quinn-suicide-squad-mov... http://collider.com/imax-releases-set-for-suicide-... http://collider.com/suicide-squad-begins-filming/ http://collider.com/suicide-squad-comic-con-panel-... http://comicbook.com/2015/04/29/alex-meraz-david-h... http://comicbook.com/2015/08/07/suicide-squads-jim...