Sukan_Dunia

Sukan Dunia (Bahasa Inggeris: The World Games[1]) adalah suatu temasya aneka sukan antarabangsa merangkumi acara-acara sukan yang tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. Temasya ini diurus tadbir oleh Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa naungan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan biasanya diadakan setiap empat tahun, setahun selepas Sukan Olimpik Musim Panas selama 11 hari. Ia merangkum antara 25 dan 30 sukan "rasmi" yang akan ditamatkan apabila termasuk dalam program Sukan Olimpik. Kira-kira 3500 peserta dari sekitar 100 negara mengambil bahagian. Edisi pertama temasya ini diadakan di Santa Clara, Amerika Syarikat pada tahun 1981. Temasya terbaharu bakal diadakan di Birmingham, A.S dari 7-17 Julai 2022 setelah setahun ditunda berikutan wabak koronavirus yang melanda serata negara tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Sukan_Dunia http://www.iwsf.com/WorldGamesAkita/WORLDGAMESSund... http://saeidashtian.com/resume/ http://worldgames2013.sportresult.com/NH/en/300/Me... http://www.upi.com/Archives/1981/07/29/World-Games... http://www.pref.akita.jp/tiiki/wg2001/result_/eng/... http://www.pref.akita.jp/tiiki/wg2001/result_/eng/... http://www.pref.akita.jp/tiiki/wg2001/result_/eng/... http://www.pref.akita.jp/tiiki/wg2001/result_/eng/... http://www.pref.akita.jp/tiiki/wg2001/result_/eng/... http://www.pref.akita.jp:80/tiiki/wg2001/result_/e...