Persediaan Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2008

Gelanggang acara

Sebanyak 31 stadium baru dalam Beijing telah dibina dalam persediaan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008. Enam stadium di luar Beijing serta 59 pusat latihan juga diperbaiki atau dibina. Stadium-stadium utama termasuklah Stadium Nasional Beijing, Stadium Tertutup Nasional Beijing, Pusat Akuatik Nasional Beijing, Pusat Konvensyen Hijau Olimpik, Pusat Kebudayaan dan Sukan Wukesong Beijing dan sebagainya. 85 peratus daripada belanjawan pembinaan, iaitu sebanyak AS$2.1 bilion dibekalkan oleh sektor swasta melalui pembidaan dan tender.

Acara ekuestrian akan diadakan di Hong Kong kerana tempat lain di China tidak mampu menjamin kawasan bebas penyakit kuda. Acara-acara sukan lain juga akan diadakan di bandar Qingdao, Tianjin, Shanghai dan Qinhuangdao mengikut kesesuaian.[10]

Stadium Nasional Beijing

Stadium Nasional Beijing.

Stadium utama Sukan Olimpik 2008 ialah Stadium Nasional Beijing, yang diberi nama samaran "sarang burung" kerana bentuk rupanya.[11] Kerja pembinaan stadium ini bermula pada 24 Disember 2003. Kerajaan China telah menjemput arkitek dari seluruh dunia untuk mereka bentuk stadium yang baru ini. Reka bentuk syarikat arkitek Switzerland, Herzog & de Meuron Architekten AG dan China Architecture Design & Research Group berjaya dipilih.

Rangka konkrit stadium ini menyerupai kekisi dan mempunyai muatan 80,000 orang penonton. Stadium ini sepatutnya dilengkapi dengan bumbung boleh tarik balik, tetapi rancangan ini dibatalkan atas sebab kewangan. Upacara perasmian dan penutupan, serta acara olahraga dan perlawanan akhir bola sepak akan diadakan di Stadium Nasional Beijing.

Pengangkutan awam

Maklumat lanjut: Beijing SubwayPeta tempat acara Sukan Olimpik

Sistem laluan kereta api bawah tanah Beijing (Beijing Subway) telah diperbaiki dan diperbesar sehingga dapat memuatkan dua kali lebih pengguna untuk menampung keperluan pelancong dan penonton Sukan Olimpik. Kerja pembesaran termasuk membina 80 stesen baru (64 stesen sudah sedia ada). Selain itu, tujuh laluan baru telah ditambah kepada empat yang sedia ada, termasuk satu yang dihubung terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing.

Sebuah bangunan terminal baru juga dibina untuk lapangan terbang tersebut, dan merupakan bangunan terminal terbesar di dunia, dengan lantai seluas 900,000 meter persegi. Sistem Pengawasan Kecemasan untuk cuaca melampau akan diimplemntasikan bagi menjamin keselamatan pelancong yang menaiki pesawat ke Beijing.

Jawatankuasa penganjur juga mengumumkan bahawa skrin video akan dipasang pada semua kereta Metro supaya dapat menyampaikan maklumat terkini tentang acara-acara sukan kepada penumpang. 2500 bas besar dan 4500 bas mini akan beroperasi mengangkut penonton dari gelanggang ke gelanggang.

Merokok juga diharamkan di dalam 66,000 teksi yang mana sesiapa yang didapati merokok akan didenda sebanyak 100-200 yuan (13 hingga 26 USD).

Rujukan

WikiPedia: Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2008 http://www.2008eshop.cn/ http://en.beijing2008.cn/1year/talks/s214124614/n2... http://en.beijing2008.cn/39/61/article214036139.sh... http://en.beijing2008.cn/74/86/article214018674.sh... http://en.beijing2008.cn/75/66/article211996675.sh... http://en.beijing2008.cn/culture/songs/n214147033.... http://en.beijing2008.cn/culture/songs/n214199507.... http://en.beijing2008.cn/culture/songs/n214206508.... http://en.beijing2008.cn/culture/songs/n214207960.... http://en.beijing2008.cn/culture/songs/n214214660....