Pemasaran Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2008

Logo

Rencana utama: Beijing Menari
Logo Olimpik Beijing 2008 di Dataran Tiananmen

Logo Sukan Olimpik 2008 yang bernama "Beijing Menari" (bahasa Cina: 舞动的北京)diperkenalkan pada Ogos 2003 di sebuah majlis yang dihadiri seramai 2,008 orang di Qi'niandian (祈年殿) — the Hall of Prayer for Good Harvests di Kuil Syurga, Beijing (天壇 atau 天坛). Kuil Syurga, Beijing. Logo utama, iaitu bahagian yang merupai mohor yang bertulis perkataan 京 (jing, kependekan untuk Beijing) dalam bentuk badan yang menari. Lengkungan badan itu juga menyerupai tubuh naga Cina. Lengan terbuka badan itu melambangkan jemputan China kepada seluruh dunia untuk menghayati budayanya. Kata Presiden IOC, Jacques Rogge, "Lambang anda (China) dengan segeranya menyampaikan keindahan dan kuasa orang China yang diterapkan dalam warisan dan penduduk anda. Kami (IOC) berkeyakinan bahawa lambang ini akan menjadi antara simbol yang paling baik dan paling bermakna dalam sejarah Olimpik."[12]

Maskot

Rencana utama: Fuwa

Fuwa (Bahasa Cina: ; pinyin: Fúwá; bermaksud "anak patung bertuah") diumumkan sebagai maskot Olimpik Beijing 2008. Fuwa telah dirasmikan pada 11 November 2005, tepat seribu hari sebelum upacara perasmian Olimpik Beijing 2008. Pada asalnya ia dinamakan sebagai "The Friendlies". Akan tetapi, ia telah merisaukan pegawai rasmi China yang bimbang akan disalahertikan sebagai "friendless" atau "friend lies".[13]

Fuwa terdiri daripada lima jenis maskot iaitu ikan, panda gergasi, api, antelop Tibet, dan burung layang-layang . Maskot itu terdiri daripada lima elemen mengikut falsafah Cina iaitu air, logam, api, kayu, dan bumi. Setiap jenis Fuwa memiliki warna-warna yang terdapat dalam Gegelang Olimpik yang mempunyai lima gelang. Lima Fuwa itu dinamakan sebagai Beibei, Jingjing, Huanhuan, Yingying, dan Nini. Apabila setiap satu bagi lima nama jenis maskot bersama digabungkan, keputusannya menjadi satu perkataan iaitu (Běijīng huānyíng nĭ) yang bermaksud "Beijing menyambut anda".[14]

Tiket

Jawatankuasa Penganjuran Olimpik Beijing memulakan melakukan penyebaran publisiti bermula Ogos 2006 yang mana lebih 7 juta tiket akan dijual dalam pelbagai jenis acara sukan dan majlis kepada orang awam.[15] Ketua jawatankuasa itu menyatakan harapan beliau bahawa semua rakyat China mempunyai peluang pergi ke temasya ini. Jawatankuasa itu menyebut, harga tiket akan dikurangkan untuk menggalakkan rakyat China lebih ramai ke temasya Olimpik.

Pada 14 April 2007, tiket orang awam dijual menerusi Jawatankuasa Penganjuran Beijing menggunakan tiket domestik (yang mana setiap akaun akan dikenakan caj 75% setiap jualannya) dan setiap negara NOC berhubung menerusi jualan tiket luar negara.[16] Pada Jun 2007, 2.2 juta tiket-tentang jumlah peringkat ketiga telahpun sedia dijual.[17]

Cogan kata

Lambang dan cogan kata Olimpik 2008 dipaparkan saling menyebelah di dalam imej ini.

Pada 26 Jun 2005, Jawatankuasa Olimpik Beijing telah mengumumkan cogan kata Olimpik Beijing 2008, iaitu "Satu Dunia, Satu Impian" (Cina Tradisional: 同一個世界 同一個夢想, Cina Ringkas: 同一个世界 同一个梦想, pinyin: Tóng Yíge Shìjiè Tóng Yíge Mèngxiǎng, Bahasa Inggeris: One World, One Dream)[18]. Cogan kata ini memanggil seluruh dunia menyertai semangat Olimpik dan membina masa depan yang cerah ke atas manusia. Ia dipilih daripada 210,000 penyertaan yang melibatkan seluruh dunia.[11]

Pembarangan

Barangan yang bertemakan Olimpik secara rasmi dijual di kedai barangan rasmi

Sejak awal 2007, kedai barangan Olimpik berlesen telah memulakan perniagaannya di seluruh China. Lebih 800 buah kedai rasmi juga dibuka pada akhir Julai 2007. Sejak Ogos 2008, barangan Olimpik juga boleh didapati menerusi dalam talian, menjual, terdapat lebih 5000 jenis produk boleh didapati menerusi laman web pembarangan rasmi, termasuk pakaian, patung maskot, rantai kunci, dan kayu sumpit khas.[19]Pada November 2007, E-shop Olimpik di luar China melindungi akses dalam talian kepada pelanggan di seluruh dunia di bawah Lesen Produk Sukan Olimpik Beijing 2008. (Tidak termasuk AS, Jepun, UK, Kanada dan China)[20]

Muzik

Lagu rasmi bagi sambutan ulang tahun temasya ini bertajuk "We Are Ready"[21] dengan versi yang direkodkan oleh Jackie Chan dari Hong Kong[22]. 106 peserta Miss World 2007 mempersembahkan lagu larian obor versi Inggeris "Light the Passion Share the Dream", ciptaan Chris Babida[23] Hampir sepuluh video muzik mengenai tema Olimpik telahpun direkodkan, termasuk "Every One is Number One" nyanyian Andy Lau dari Hong Kong[24], "Hero" nyanyian Chris Yu dari Taiwan mengisahkan kisah seorang atlet iaitu John Stephen Akhwari dari Tanzania[25], "Dream in Sight" nyanyian Zhou Bichang dari China[26], "Forever Friends" nyanyian Coco Lee dan Sun Nan dari Amerika Syarikat[27], "You, me, and him -- happily we participate" nyanyian Super Girls dan Happy Boys[28], dan "Together on the Blue Planet" nyanyian Nicholas Tse dan Joey Yung dari Hong Kong[29].

Telah diumumkan bahawa Celine Dion dari Kanada[30] dan Jay Chou dari Taiwan[31] akan membuat persembahan ketika majlis perasmian iaitu pada Ogos 2008. Walau bagaimanapun, "Bravo Beijing" (喝彩北京) telah direkodkan secara solo oleh kumpulan muzik lelaki Taiwan, 5566 dengan tema Olimpik.

Pada Mac 2008, pasukan Council Rock High School North Choir dari Newtown, Pennsylvania mempersembahkan sebuah lagu bertaraf dunia iaitu "One World, One Dream", asalnya dicipta oleh Peter de Mets. Lagu itu didendangkan oleh pasukan koir itu untuk Sukan Olimpik 2008 dan menerima komen pujian daripada rakyat China dan diiktiraf oleh kebanyakan media sama ada di Amerika Syarikat dan China.[perlu rujukan] Pasukan koir itu melakukan konsert jelajah pra-Olimpik dan menjelajahi Shanghai, Beijing, dan Tianjin.

Rujukan

WikiPedia: Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2008 http://www.2008eshop.cn/ http://en.beijing2008.cn/1year/talks/s214124614/n2... http://en.beijing2008.cn/39/61/article214036139.sh... http://en.beijing2008.cn/74/86/article214018674.sh... http://en.beijing2008.cn/75/66/article211996675.sh... http://en.beijing2008.cn/culture/songs/n214147033.... http://en.beijing2008.cn/culture/songs/n214199507.... http://en.beijing2008.cn/culture/songs/n214206508.... http://en.beijing2008.cn/culture/songs/n214207960.... http://en.beijing2008.cn/culture/songs/n214214660....