Jay_Chou
Jay_Chou

Jay_Chou

Jay Chou (Cina Tradisional: 周杰倫; Cina Ringkas: 周杰伦; pinyin: Zhōu Jiélún; Wade-Giles: Chou Chieh-lun) (lahir 18 Januari 1979) ialah seorang pemusik, penyanyi, penerbit, pelakon dan pengarah asal Taiwan. Pada tahun 1998, beliau mula menaikkan namanya dengan mempersembahkan kemahiran bermain piano dan penggubahan lagu dalam pertandingan bakat. Dalam masa dua tahun seterusnya, beliau diambil untuk menulis lagu untuk penyanyi-penyanyi Cina terkemuka. Anak seni yang pernah berlatih muzik klasikal ini menggabungkan gaya-gaya musik Cina dan Barat untuk menghasilkan lagu-lagu yang menggabungkan genre-genre R&B, rock, dan pop, meliputi hal ehwal seperti masalah rumahtangga, peperangan, dan pembandaran.Pada tahun 2000, Chou mengeluarkan album sulungnya berjudul Jay di bawah naungan syarikat rakaman Alfa Music. Semenjak itu, beliau telah menghasilkan satu album setahun, setiap satunya berjaya menjual beberapa juta salinan. Karyanya disambut hangat di seluruh benua Asia, khususnya di negara-negara China, Jepun, Hong Kong, Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam, Taiwan, dan di komuniti Cina seberang laut, serta meraih lebih 20 anugerah setiap tahun. Beliau telah menjual sebanyak 25 juta album di seluruh dunia. Pada tahun 2007, nama beliau memasuki senarai 50 tokoh paling berpengaruh di China oleh Chatham House di UK. Beliau membintangi filem Initial D (2005) yang mana beliau menggondol anugerah Pelakon Lelaki Baru Terbaik di Pesta Filem dan Anugerah Kuda Emas, dan juga dicalonkan untuk anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong atas lakonannya di filem Curse of the Golden Flower (2006). Kerjayanya kini ditambah dengan tugas mengarah filem dan mengendali syarikat rakaman sendiri, iaitu JVR Music.

Jay_Chou

Asal Republik China (Taiwan)
Pekerjaan Penyanyi, pemuzik, komposer, penerbit rakaman, rapper, pengarah filem, dan pelakon
Jenis muzik Mandopop, R&B, hip hop, pop rap, C-pop,rock
Laman web rasmi jay2u.com
jvrmusic.com
Tahun aktif 2000–kini
Alat muzik Piano, Cello, Guitar, Dram, Guzheng, Harmonika, Violin,Erhu, Pipa, gitar bass, gitar elektrik
Syarikat rakaman Sony BMG Asia, Alfa Music, JVR Music
Nama Cina 周杰倫 (Tradisional)
Dipengaruhi Nan Quan Mama
Pinyin Zhōu Jiélún (Mandarin)
Hong Kong Film AwardsGolden Horse AwardsGolden Melody AwardsMTV Asia AwardsOther awards
Anugerah
Nama lain President Chou (周董)