Pemerintahan Sultan_Nazrin_Muizzuddin_Shah_ibni_Almarhum_Sultan_Azlan_Muhibbuddin_Shah

Pemasyhuran dan pertabalan

Pada tahun 2008, Raja Nazrin Shah mengambil alih tugas paduka ayahanda baginda sebagai Pemangku Raja Perak akibat gering. Setelah separuh dekad memegang jawatan sebagai Pemangku Raja, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mangkat pada 28 Mei 2014. Pada hari yang sama, keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak dan mencapai kata sepakat menamakan Raja Nazrin Shah dengan nama Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak yang baru. Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Perak sehari selepas kemangkatan Almarhum paduka ayahanda baginda pada hari istiadat pemakaman Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Baginda dan Raja Puan Muda Perak berangkat berpindah ke Istana Iskandariah.

Istiadat pertabalan Sultan Perak XXXV diadakan setahun pada 6 Mei 2015 selepas kemangkatan paduka ayahanda baginda di Istana Iskandariah. Istiadat pertabalan ini disiar secara langsung di kaca mata televisyen tempatan Malaysia.

Sultan Perak

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ialah penaung diraja Mercy Malaysia. Baginda berkenan berangkat ke Istanbul, Turki untuk mempengerusikan sesi khas mengenai pembiayaan sosial Islamik yang diadakan sempena Sidang Kemanusiaan Sedunia 2016.

Duli Yang Maha Mulia telah berkenan menerima jemputan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tuan Yang Teruamat Ban Ki-moon untuk mengambil tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama Panel Kewangan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menerima penghargaan di UNGA-71.[6]

Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia apabila Sultan Muhammad ke-V dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Pelantikan itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.[7]

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat mencemar duli ke istiadat persemadian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Mendiang Raja Bhumibol Adulyadej yang mangkat mewakili negara sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Besar, Thailand pada 25 Oktober 2017.[8]

Pada 2 November 2018, baginda diangkat sebagai Pemangku Raja mengambil alih tugas Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sehingga 31 Disember kerana Sultan Muhammad V beristirahat menjalani rawatan. Selaras dengan Perkara 33 dalam Perlembagaan Malaysia, Sultan Nazrin menandatangani watikah perisytiharan setelah ia dibaca oleh Tun Dr Mahathir bagi menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Hakim Negara dan Dato' Pengelola Bijaya Diraja di Istana Hinggap.[9] Walau bagaimanapun, disebabkan perletakan jawatan secara mengejut oleh Sultan Muhammad V sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari 2019, baginda sekali lagi menjadi pemangku raja pada hari berikutnya manakala Majlis Raja-Raja akan memilih Yang Di-Pertuan Agong ke-16 pada 24 Januari 2019 dan upacara mengangkat sumpah akan diadakan pada 31 Januari 2019.

Rujukan

WikiPedia: Sultan_Nazrin_Muizzuddin_Shah_ibni_Almarhum_Sultan_Azlan_Muhibbuddin_Shah http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita/NewDis... http://www.astroawani.com/berita-dunia/sultan-nazr... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-n... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/502... http://www.rajanazrin.com/ http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=27789