Kesusasteraan Sumbangan_Islam_kepada_Eropah_Zaman_Pertengahan

Lihat: Kesusasteraan Arab|Kesusasteraan Parsi

Miguel Asín Palacios mula-mula menyarankan pada tahun 1919 bahawa Divina Commedia karya Dante Alighieri, yang dikira roman teragung kesusasteraan Itali, mengambil banyak ciri tentang dunia akhirat daripada kerja-kerja Arab tentang eskatologi Islam seperti Hadith dan penulisan kerohanian Ibn Arabi. Kitab al-Mirajtentang perjalanan Rasulullah (saw) ke langit, telah diterjemahakan ke dalam Latin pada tahun 1264 atau sedikit masa sebelumnya.[75] sebagai Liber Scale Machometi, "Buku tentang Tangga Muhammad". Dante pasti maklum akan falsafah orang Islam, menyenaraikan Ibnu Sina dan ibn Rushd (Averroes) pada tempat terakhir di dalam senarai falsafah bukan Kristian bersama-sama para falsafah agung Yunani dan Rom di dalam Limbo.[76][77] Namun persoalan sama ada kesamaan Divina Commedia dengan al-Miraj itu kuat atau lemah masih diperdebatkan oleh para sarjana, kerana tidak terdapat bukti sahih yang Dante terpengaruh. Francesco Gabrieli menyatakan "sekurang-kurangnya barangkali, jika bukan mungkin" yang Dante telah mengambil gambaran dan konsep daripada eskatologi Islam.

Rujukan

WikiPedia: Sumbangan_Islam_kepada_Eropah_Zaman_Pertengahan http://bahai-library.com/cobb_islamic_contribution... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/195896/h... http://books.google.com/?id=CP6O3wkivMIC&pg=PA211&... http://books.google.com/books?id=Zo2UVs_Sr68C&pg=P... http://books.google.com/books?id=jgSNmsXG1jwC&pg=P... http://books.google.com/books?id=pePPvGkGZDQC&pg=P... http://books.google.com/books?id=tsiIvJ16AU0C&pg=P... http://www.history-science-technology.com/Articles... http://www.history-science-technology.com/Articles... http://www.history-science-technology.com/Notes/No...