Geografi Sungai_Chao_Phraya

Hulu sungai Chao Phraya iaitu Sungai Ping dan Sungai Nam berpunca dari wilayah Nakhon Sawan (Pak Nama Pho) di Nakhon Sawan Province. Panjangnya 372 kilometer, lurus dan deras di hulu. Sampai di hilir membentuk delta sungai, terusan malah hampir membentuk tasik ladam. Kota Bangkok terletak 35 kilometer di utara Teluk Thailand. Air pasang di Teluk Thailand dan hujan raksasa semasa iklim monsun tropika menyebabkan Bangkok banjir. Banjir besar berlaku pada 1942, 1983 dan 1995.

Terdapat 3000 empangan sungai di seluruh Thailand yang dibina sejak tahun 1950-an lagi bagi mengatasi masalah banjir di selatan Thailand terutamanya di Bangkok. Empangan ini mempunyai pelbagai fungsi iaitu sebagai janakuasa elektrik, bekasan air minuman dan pengairan sawah-sawah pagi.

Berhampiran dengan Bangkok terdapat banyak terusan yang dinamakan khlong. Khlong ini ada yang semula jadi dan ada yang dikorek oleh manusia. Terusan semula jadi dibaiki, ditambak, ditimbun guni-guni tanah dan dibina tembok konkrit. Keseluruhannya terdapat 750 kilometer terusan di Thailand.