Sungai_Chua

Sungai Chua terletak di tepi Sungai Langat, berhampiran dengan bandar Kajang, Selangor, Malaysia. Tempat yang berhampiran ialah Sungai Ramal Luar, Sungai Ramal Dalam, Kajang, Bandar Baru Bangi, Serdang dan Putrajaya.Sungai Chua mengalir di kawasan ini. Air Sungai Chua mengalir ke Putrajaya.Sungai Chua bermula dengan aktiviti perlombongan bijih timah di sekitar Sungai Langat dan Sungai Chua. Pelombong-pelombong dari negara China telah dibawa masuk sekitar tahun 1870-an. Pada zaman darurat, Kampung Baru Sungai Chua telah dibina berikutan Rancangan Brigg.Sungai Chua telah mendapat limpahan pembangunan dari Kajang dan Lembah Kelang. Banyak taman perumahan dan industri telah dibina di kawasan ini. Banyak kilang haram telah dibina di sini. Kerajaan negeri Selangor telah membuat tindakan pemutihan kilang-kilang haram ini dengan mengadakan zon-zon perindustrian dan penempatan semula kilang-kilang. Antaranya ialah Kawasan Industri Sungai Chua.Terdapat beberapa buah kilang kasut jenama terkenal di sini.