Sungai_Rhine
Sungai_Rhine

Sungai_Rhine


Sungai Rhine, dengan panjang keseluruhannya 1,230 kilometer (820 batu) dan aliran purata melebihi 2,000 meter padu sesaat merupakan antara sungai yang terpanjang dan terpenting di benua Eropah. Nama Rhine ini berasal daripada bahasa Celt, iaitu Renos (yang mengalir), yang berasaskan kata dasar Proto-Indo-Eropah, *rei- (mengalir). Perkataan ini dipercayai menjadi asas kepada kata kerja Inggeris "to run", kata kerja Jerman "rinnen", dan juga perkataan Yunani, "rhëin", dengan kesemuanya membawa maksud mengalir. Perkataan ini juga dikaitkan dengan satu pepatah Greek, Πάντα ῥεῖ καὶ οὐδὲν μένει (semuanya mengalir, tiada yang kaku).Sungai Rhine dan juga Danube membentuk sebahagian besar sempadan utara Empayar Rom,dan sejak itu,Rhine telah menjadi laluan air terpenting dengan membawa barang-barang dagangan dari kawasan pedalaman.Rhine juga berfungsi sebagai benteng pertahanan,dan juga menjadi asas kepada sempadan serantau mahupun antarabangsa.Pelbagai istana-istana dan kubu-kubu lama disepanjang sungai Rhine membuktikan kepentingannya sebagai laluan air utama - pengguna laluan ini biasanya singgah di sini untuk memunggah barang-barang dagangan.