Supa_Strikas
Supa_Strikas

Supa_Strikas

Supa Strikas ialah sebuah projek komik bola sepak yang diusahakan bersama oleh beberapa negara Afrika[1] Supa Strikas yang diilhamkan daripada komik British Roy of the Rovers dan kisah "Shakes" Mokena, seorang pemuda dari kawasan Soweto di Johannesburg[2], ditaja oleh syarikat-syarikat Nike, Caltex, dan perniagaan Afrika Selatan yang lain meletakkan jenama produk dalam isi komik.[1][3]Siri komik ini diterbitkan buat pertama kali di Afrika Selatan pada tahun 2000, sebelum menyebar ke pelbagai negara Afrika yang lain.[4] Seterusnya, komik ini diterbitkan di Afrika Selatan, Nigeria, Namibia, Botswana, dan Uganda,[2] Kemudian, Supa Strikas menjejaki negara-negara Amerika Latin seperti Colombia, el Salvador, Honduras dan Guatemala, sebelum ke negara-negara Eropah seperti Norway dan Sweden serta diikuti oleh Pakistan. Malaysia menjadi negara Asia Pasifik pertama yang menyambut kedatangan Supa Strikas, iaitu senaskhah komik bulanan disisip bersama akhbar Kosmo! setiap hari Sabtu pertama mulai 6 Disember 2008.[5]

Rujukan

WikiPedia: Supa_Strikas http://www.nig.supastrikas.com/content/playerprofi... http://www.supastrikas.com http://www.texaco.com/worldwide/africa/supastrikas... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&d... http://www.supastrikas.com.my http://www.supastrikas.com.my/content/playerprofil... http://www.supastrikas.com.my/content/playerprofil... http://www.supastrikas.com.my/content/playerprofil... http://www.supastrikas.com.my/content/playerprofil... http://www.supastrikas.com.my/content/playerprofil...