Kerjaya Sura_Sojangi

Sebelum menyertai Pilih Kasih, Maisurah, lebih mesra dengan panggilan Sura, pernah mencuba nasibnya dalam rancangan realiti Anak Wayang pada 2009 dan menjadi salah seorang dari 25 peserta yang terpilih bersama-sama Amar Baharin, Alex Yanz, Feeya Iskandar, Afzan A. Rahman, Hairi Safwan dan Dayana Roza.[3]

Beliau merupakan salah seorang dari 16 peserta rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim ketiga, yang turut disertai oleh Reen Rahim yang bergelar juara dan Saiful Nizen Ayob (kini Allahyarham).[4]

Selepas Pilih Kasih tamat,[5] beliau memegang watak Dina, rakan karib Tasha lakonan Puteri Sarah dalam siri drama aksi Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff. Ini diikuti oleh lakonannya dalam Setia Hujung Nyawa. Sura membuat penampilan pertamanya di layar lebar menerusi Mistik Syirik Tahyul yang ditayangkan pada 2014.

Meskipun kurang menerima perhatian media, Sura melangkah setapak ke hadapan dengan menjayakan watak sebagai Adira dalam drama Kerana Anisa yang dibintangi oleh Zara Zya dan Mustaqim Bahadon yang bersiaran di Slot Samarinda TV3.