Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (
CMC) merujuk kepada organisasi
pertahanan negara yang selari dengan
Parti Komunis China dan
Republik Rakyat China:
Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China, sebuah organ Parti dibawah
Jawatankuasa Pusat CPC, dan
Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China, sebuah organ pusat negara dibawah
Kongres Rakyat Kebangsaan, sebagai cabang tentera kerajaan nasional.
Perintah dan kawal Tentera Pembebasan Rakyat,
Polis Bersenjata Rakyat dan
Militia dilaksanakan atas nama CMC Negara, di selia oleh
Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan. CMC Negara secara nominal dianggap sebagai badan pembuat dasar tertinggi tentera dan
pengerusinya, dipilih oleh
Kongres Rakyat Kebangsaan, adalah
panglima tertinggi angkatan tentera. Secara realitinya, perintah dan kawal PLA, bagaimanapun, masih dipegang oleh Suruhanjaya Ketenteraan Pusat
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China—iaitu CMC Parti.Kedua-kedua suruhanjaya mempunyai keanggotaan yang sama, oleh itu sebenarnya membentuk satu institusi serupa dibawah dua nama yang berlainan (dipanggil
Cina ringkas: 一个机构两块牌子;
pinyin:
yígè jīgòu liǎngkuài páizi), untuk melengkapkan sistem kerajaan negara dan parti. Kedua-dua suruhanjaya kini
dipengerusikan oleh
Xi Jinping, yang merupakan
Setiausaha Agung Parti Komunis China merangkap
pemimpin agung. Suruhanjaya 11-orang mengeluarkan arahan-arahan yang berkaitan dengan PLA, termasuk pelantikan pegawai kanan, penempatan pasukan dan perbelanjaan senjata. Hampir kesemua anggota adalah para jeneral kanan, tetapi jawatan yang paling penting selalunya dipegang oleh pemimpin parti paling kanan untuk memastikan kesetiaan mutlak angkatan tentera dan untuk memastikan kelangsungan hidup rejim.
[1] CMC mengawal lebih 6.8 juta anggota.CMC ditempatkan di kawasan
Kementerian Pertahanan ("Bangunan 1 Ogos") di barat Beijing.