Sejarah Susu_badam

Di Zaman Pertengahan, susu badam telah dikenali di kedua-dua dunia Islam dan Kristian. Bahan asasnya daripada tumbuhan menjadikannya ia sesuai dimakan orang Katolik sewaktu upacara Lent. Susu badam merupakan bahan penting masakan Zaman Pertengahan berbanding susu lembu yang tidak dapat disimpan untuk waktu yang lama tanpa ia basi.[2]

Dalam masakan orang Iran, pencuci mulut berdasarkan susu badam dipanggil harireh badam ("bubur badam") merupakan makanan tradisi masyarakat tersebut ketika bulan Ramadan.[3]