Pengangkutan Suzhou

Keratan rentas 8 lorng Lebuhraya HuNing. 显示双向8车道

Untuk kemudahan orang ramai, Suzhou terletak di Landasan Jinghu yang menghubungkait Shanghai dengan Nanjing, ibu kota provinsi, dengan kedua-duanya mempunyai perkhidmatan kereta api setiap jam. Stesen Keretapi Suzhou adalah antara stesen penumpang yang tersibuk di China, dengan 139 buah kereta api yang singgah setiap hari. Keretapi-T hanya mengambil masa 45 minit ke Shanghai dan sejam setengah ke Nanjing.

Lebuhraya-lebuhraya Suzhou termasuk Lebuhraya Jiangsu-Shanghai, Lebuhraya Sungai Yangtze, dan Lebuhraya Suzhou-Jiaxin-Hangzhou. Jalan Keliling Luar Suzhou yang baru telah disiapkan pada tahun 2005, dan menghubungkait bandaraya-bandaraya pinggiran peringkat kaunti seperti Taicang, Kunshan, dan Changshu. Selain ini, Suzhou juga dihubungkait melalui sungai dengan bandar-bandar Zhangjiagang, Luzhi, Liujia, dan Changshou.

Walaupun Lapangan Terbang Shuofang dan Lapangan Terbang Penerbangan Bersatu Guangfu bertindak sebagai lapangan terbang perbandaran, dengan Majlis Negara meluluskan pembinaan sebuah lapangan terbang khusus untuk melayani Suzhou pada tahun 2003, pengangukutan udara dari Suzhou masih tertumpu kepada Lapangan Terbang Hongqiao dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di Shanghai.