Petikan Suzhou

Pameran Bonsai/Penjing di salah satu taman di Suzhou.
  • " Sebuah kota yang besar dan mulia... Ia mempunyai 1,600 buah jambatan batu yang membolehkan kapal-kapal ghali berlalu."   - Marco Polo
  • Nama-nama samaran Suzhou: " Ibu kota Sutera", " Tanah Mewah", " Bandaraya Gusu", " Venice Timur"  (kerana terusan-terusan yang banyak), " Tempat Bermulanya Kebudayaan Wu", dan " Dunia Taman-taman"
  • Pepatah Cina:
    • " Di langit, adanya syurga. Di bumi, adanya Suzhou dan Hangzhou."
    • " Lahir di Suzhou, tinggal di Hangzhou, makan di Guangzhou, dan mati di Liuzhou."  Pepatah ini kekadang juga disebut sebagai " Berkahwin di Suzhou..." kerana Suzhou dikatakan mempunyai tempat lahir wanita-wanita yang paling cantik di China.
    • " Indah atau tidak, tiadanya apa-apa yang lebih indah daripada perairan Taihu. Bersaudara atau tidak, kami semua sekampung."