Sebahagian daripada
siri berkaitan
IslamAllah •
Kitab •
Malaikat •
NabiHari Akhirat •
Qada dan QadarSyahadah •
Solat •
PuasaZakat •
HajiMakkah •
MadinahBaitulmuqaddisAidilfitri •
AidiladhaHukumAl-Quran •
Sunnah •
HadisSejarahGaris Masa Sejarah IslamKhulafa al-RasyidinKhalifah •
KhilafahTokoh IslamMuhammadAhlul Bait •
Sahabat Nabi MazhabAhli Sunah WaljamaahHanafi •
SyafieMaliki •
HanbaliBudaya Dan MasyarakatAkademik •
Haiwan •
SeniTakwim •
Kanak-kanakDemografi •
PerayaanMasjid •
Dakwah •
Falsafah Sains •
Wanita •
PolitikLihat jugaKritikan •
IslamofobiaGlosariSyaitan atau juga Setan, (
Arab: شيطان, Shaitan;
Ibrani Piawai: שָׂטָן, Satan;
Ibrani Tiberia Śāṭān;
Greek Koine: Σατανάς,
Parsi: اهریمن, Satanás;
Aramia: סטנא, Saṭänä;
Ge'ez: ሳይጣን Sāyṭān,
Turki: Şeytan), merupakan kata sifat bagi menunjukkan sesuatu perkara yang jahat dan buruk. Syaitan di dalam bahasa arab, bermaksud 'Penuduh (The Accuser), Speculator (Pembuat Andaian/Spekulasi)'. Syaitan terbahagi kepada dua iaitu Syaitan Jin dan Syaitan Manusia. Seperti yang diketahui dalam agama
Islam,
Kristian dan
Yahudi, Syaitan Jin asalnya adalah salah satu golongan hamba Allah yang paling beriman dan amat taat,pintar,patuh dan kuat beribadah kepada Allah.Golongan syaitan ini yang diketuai oleh (
Azazel) selepas ingkar dengan perintah Allah disebut (
iblis laknatullah@
devil of lucifer). Walau bagaimanapun, menurut Islam,
Syaitan Jin diciptakan daripada api oleh
Allah S.W.T. Disebabkan
iblis ini menentang perintah
Allah, dia diusir dari
Syurga, kerana ingkar akan perintah
Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Menurut agama Islam,
Tuhan meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain kerana mereka diberikan akal terutamanya untuk membandingkan yang buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan mencegah dari menyujud di hadapan
Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain. Tuhan bertanya kepada Syaitan: "Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?" Syaitan menjawab: "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya adam dari lumpur." Ini menunjukkan bahawa Syaitan merasa dirinya lebih tinggi darjatnya dari Adam kerana dia diperbuat dari api dan Adam diperbuat dari tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Syaitan berjanji dan berkata di hadapan
Tuhan Allah S.W.T ,
Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari
Akhirat kelak.
Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan di
binasakan oleh
Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut di
binasakan dan diseksa di
api neraka pada hari
Akhirat.
Syaitan juga yang menyebabkan
Nabi Adam dan isterinya
Siti Hawa terkeluar dari
Syurga, walaupun mereka telah di
ampunkan oleh
Allah, dan bisikannya menyebabkan anak mereka Qabil membunuh Habil.