Kontroversi Syamel

Isu lagu ciplak

Setahun selepas bergelar anak seni, nama Syamel mula terpalit kontroversi apabila single pertamanya, Hidup Dalam Mati didakwa sebagai 'lagu ciplak'. Pada November 2016, Ayai (Illusi) tampil membuat kenyataan kepada media yang mendakwa Syamel telah menciplak hasil karyanya kerana lagu Hidup Dalam Mati mempunyai melodi yang sama dengan lagu Ku Kejar Bayangmu, iaitu lagu yang diciptakan khas untuk Idris, iaitu salah seorang finalis program Kilauan Emas 3. Disebabkan tidak mahu memburukkan lagi keadaan dan tidak ingin isu tersebut berlarutan, pihak pengurusan Syamel membuat keputusan menarik diri daripada bertanding di separuh akhir Muzik Muzik 31 dan lagu tersebut juga digugurkan daripada pencalonan Anugerah Industri Muzik 22. Akhirnya kes itu diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.[36]

Gosip bercinta

Selepas berakhirnya Duo Star dan menjuarai program tersebut bersama Ernie Zakri, mereka sering digandingkan dan kerap muncul di majalah serta di kaca tv bersama-sama sehingga peminat mereka membuat spekulasi kononnya mereka sedang bercinta namun Syamel menafikan gosip tersebut dan menegaskan bahawa hubungan mereka hanyalah atas dasar urusan kerja.[37]

Rujukan

WikiPedia: Syamel http://www.azhan.co/biodata-syamel-penyanyi-kelahi... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/af2015-su... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/era-digit... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kalahkan-... http://www.gempak.com/af-megastar http://www.gempak.com/artikel/14625/ini-finalis-to... http://www.gempak.com/artikel/1860/senarai-penuh-t... http://www.gempak.com/artikel/3257/kami-macam-adik... http://www.gempak.com/artikel/4605/syamel-aiman-ti... http://www.gempak.com/artikel/6600/af-megastar-ked...