Kerjaya Syamel

Akademi Fantasia 2015

Kerjaya nyanyian Syamel bermula apabila beliau terpilih dan diterima masuk ke dalam Akademi Fantasia 2015. Beliau hampir tersingkir di konsert minggu kelapan namun diselamatkan oleh ketua juri AF2015, Dato' Ramli M. S. pada ketika itu dan berjaya melangkah ke konsert akhir, sekaligus dinobatkan sebagai naib juara dalam program tersebut. Berikut adalah persembahan beliau sewaktu berada di Akademi Fantasia 2015 :

KonsertLagu TugasanPenyanyi AsalKeputusan
Minggu 1"Potret"Akim & The MajistretKekal
Minggu 2"Thinking Out Loud"Ed SheeranKekal
Minggu 3"Warisan Wanita Terakhir"Teacher's PetKekal
Minggu 4"Biarkanlah"Drama BandKekal
Minggu 5"Di Ambang Wati"/ "Ukiran Jiwa" (medley)Wings / AwieKekal
Minggu 6"Rahasia Perempuan"Ari LassoKekal
Minggu 7"Sepi Sekuntum Mawar Merah"EllaKekal
Minggu 8"Mimpi Yang Tak Sudah"Ibnor RizaImuniti
Minggu 9"Cinta Yang Sempurna"QandaKekal
"In Love With You"

(duet Aizat)

Aizat Amdan & Noh Salleh
Minggu Akhir"Hidup Dalam Mati"SyamelNaib Juara
"Sampai Mati"Hazama

Duo Star 2016

[2]Setahun selepas berakhirnya Akademi Fantasia 2015, Syamel menyertai Duo Star 2016, iaitu sebuah pertandingan nyanyian terbaru terbitan Astro, yang melibatkan penyanyi-penyanyi terkenal tanah air. Beliau berduet dengan Ernie Zakri sepanjang program tersebut berlangsung dan mereka dinobatkan sebagai juara Duo Star musim pertama. Berikut adalah persembahan mereka ketika bertanding di dalam Duo Star 2016 :

KonsertLagu PersembahanPenyanyi AsalKeputusan
Konsert 1"I Want to Spend My Lifetime Loving You"Marc Anthony & Tina ArenaKekal
Konsert 2"Gerhana"KembaraKekal
Konsert 3"Muara Hati"Hafiz Suip & Siti NurhalizaKekal
Konsert 4"Chow Kit Road"SudirmanKekal
Konsert Suku Akhir"Bujang Senang"WingsKekal
"Laksamana Raja Di Laut"M. Daud Kilau
Konsert Separuh Akhir"Ingatkan Dia"WingsKekal
"Obses (versi raggae)"Akim & The Majistret
Konsert Akhir"Balqis"Dato' Siti NurhalizaJuara
"Kau Lupa Janji"Jamal Abdillah

AF Megastar 2017

[3]Pada September 2017, Syamel menyertai satu lagi program realiti tv terbaru Astro, Akademi Fantasia Megastar 2017 iaitu sebuah program yang menghimpunkan 8 bekas juara dan 16 alumni AF dalam satu pentas. Syamel berjaya menempatkan dirinya di antara 12 orang peserta AF Megastar 2017. Beliau berjaya melangkah ke pentas akhir. Meskipun tidak menjuarai program tersebut, namun Syamel tidak pulang dengan tangan kosong apabila beliau memenangi anugerah The Ultimate Performer pada malam konsert akhir tersebut. Berikut adalah persembahan Syamel sewaktu bertanding di dalam AF Megastar 2017 :

KonsertLagu PersembahanPenyanyi AsalKeputusan
Konsert Homecoming 2"Diari Hatimu"Siti NurhalizaTop 12
Konsert 3"Aku Tak Akan Bersuara"Nike Ardilla1
Konsert 4"Still Loving You"Scorpions2
Konsert 5"Hanya NamaMu"Caliph Buskers3
Konsert 6 (Suku Akhir)"Umpan Jinak Di Air Tenang" /

"Gelisah"

Ahmad Jais6
Konsert 7 (Separuh Akhir)"Di Pintu Mahligai"

(duet Black)

Iklim3
"Sedalam Dalam Rindu"Tajul
Konsert Akhir"Biar Cinta"SyamelFinalis
"Seniman Menangis"Jamal Abdillah

Rujukan

WikiPedia: Syamel http://www.azhan.co/biodata-syamel-penyanyi-kelahi... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/af2015-su... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/era-digit... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kalahkan-... http://www.gempak.com/af-megastar http://www.gempak.com/artikel/14625/ini-finalis-to... http://www.gempak.com/artikel/1860/senarai-penuh-t... http://www.gempak.com/artikel/3257/kami-macam-adik... http://www.gempak.com/artikel/4605/syamel-aiman-ti... http://www.gempak.com/artikel/6600/af-megastar-ked...