Kerjaya Syamim_Farid

Beliau mula menceburi dunia hiburan tanah air selepas menjadi sebagai salah seorang finalis sekaligus bergelar naib juara Dewi Remaja 2014/15 yang turut disertai Raysha Rizrose yang merangkul gelaran juara, Balqish Maarif, Deeba Halil, Puteri Aishah, Fify Azmi, Mimi Lana, Natrah Khalid dan Mawar Rashid.[4]

Selepas Dewi Remaja tamat, Syamim ditawarkan menjadi pengacara rancangan hiburan Astro Ria, HLive! bersama CK Faizal, Donna Muslim, Dahlia Shazwan dan Adriana Adnan. Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi drama Lelaki Macam Dia, kemudian diikuti oleh drama online Mata Cinta sebagai Ejay di HyppTV (kini Unifi TV).

Syamim memegang watak sebagai Shanie dalam drama Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas, yang memerlukan beliau untuk menyanyi.[5] Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[6]