Synapsida
Synapsida

Synapsida

Theropsida Seeley, 1895[1]Synapsida (Yunani, 'lengkung lakur'), sinonim dengan theropsida (Yunani, 'muka satwa'), merupakan golongan haiwan yang mencakupi mamalia dan setiap haiwan yang lebih rapat bersaudara dengan mamalia daripada mana-mana hidupan amniot yang lain.[2] Synapsida mudah dibezakan daripada amniot lain dengan mempunyai fenestra temporal separated from other amniotes by having a temporal fenestra, bukaan di bawah bumbung tengkorak di belakang setiap mata yang meninggalkan lengkungan tulang di bawah setiap satu, dari mana diperoleh namanya.[3] Sinapsida primitif biasanya dipanggul pelikosaur sementara yang lebih maju seakan mamalia pula terapsida. Ahli-ahli bukan mamalia diperikan sebagai reptilia seakan mamalia dalam sistematik klasikal;[4][5] ia juga boleh bergelar mamalia tunjang atau proto-mamalia.[6] Synapsida berevolusi daripada amniot asas dan merupakan salah satu daripada dua kumpulan besar amniot lanjut; yang satu lagi ialah Sauropsida yang mencakupi reptilia dan burung moden. Ciri-ciri khas fenestra temporal berkembang dalam leluhur Sinapsida sekitar 312 juta tahun dahulu, pada zaman Karboniferus Akhir.Synapsida merupakan vertebrat daratan terbesar pada zaman Permia, iaitu, 299–251 juta tahun dahulu, namun mungkin ditandingi oleh sesetengah Pareiasuria besar-besar pada akhir zaman Permia. Seperti mana kumpulan-kumpulan lain yang wujud ketika itu, bilangan dan kepelbagaiannya jatuh mendadak sewaktu kepupusan Perm–Trias. Ketika kepupusan inilah semua bentuk Synapsida lama (iaitu Pelycosauria) sudah pun tiada, digantikan oleh Therapsida yang lebih maju. Menerusi Dicynodontia, dan Eutheriodontia yang terdiri daripada Eutherocephalia (Therocephalia) dan Epicynodontia (Cynodontia), berterusan hingga zaman Trias sebagai satu-satunya kumpulan Therapsida yang tinggal, Archosauria menjadi vertebrat daratan yang paling besar dan banyak pada zaman ini. Kumpulan Cynodontia Probainognathia yang merangkumi Mammaliaformes, merupakan satu-satunya Synpasida yang lepas dari Trias.[7] Setelah peristiwa kepupusan Kapur–Paleogen, Synapsida (dalam bentuk mamalia) sekali lagi menjadi haiwan daratan terbesar.