Kandungan TV_Pendidikan

RTM (TV1 dan TV2; 1972-1999)

TV Pendidikan bersiaran di RTM TV1 dan RTM TV2 selama 27 tahun, dari 1972 hingga 1999. Pada Mac 1994, siaran awal pagi bermula di TV1 dan TV Pendidikan bersiaran sepenuhnya di TV2.

TV Pendidikan disiarkan dalam dua sesi iaitu 7:20 pagi hingga 1:00 tengahari, dan sesi keduanya pada 2:00 hingga 5:00 petang.

Pada tahun 1995, siaran TV Pendidikan berakhir pada 4:00 petang dan dua tahun kemudian, 3:00 petang. Pada Januari 2000, setelah TV2 menamatkan TV Pendidikan, TV2 mula bersiaran awal pada hari Isnin hingga Khamis.

Astro (2000-2006)

Apabila TV Pendidikan bermula di Astro pada 3 Januari 2000,[6] Saluran 28 menyiarkan dua rangkaian seperti TV Pendidikan disiarkan dari Isnin hingga Khamis 9.00 pagi hingga 5.00 petang manakala Animal Planet menyiarkan keseluruhan masanya. Pada tahun 2002, Animal Planet dijadikan saluran sepenuh masa di saluran 51, yang kemudiannya berpindah ke saluran 556 pada 1 Oktober 2007.

TV Pendidikan berpindah ke Saluran 13 pada tahun 2002 di mana mereka menyiarkan dua rangkaian, iaitu TV Pendidikan dan TechTV, sebuah saluran yang menyiarkan berita dan rancangan tentang komputer, teknologi dan internet. TV Pendidikan bersiaran Isnin hingga Khamis dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada waktu sekolah sahaja, manakala TechTV menyiarkan keseluruhan masanya. Sejak TechTV tamat, Astro menyiarkan episod lama TechTV berulangan sehingga Astro telah mencapai persefahaman dengan G4techTV untuk membeli siri televisyennya seperti Attack of the Show, X-Play dan lagi dan kemudian siar semula secara tempatan, tanpa sebarang logo saluran dan hanya menyiarkan promosi rancangan Astro ketika di antara rancangan.

Sejak 1hb Mac 2006, semua rancangan G4 telah disiarkan di Astro TVIQ, saluran pendidikan Astro. Saluran 13 menyiarkan rancangan-rancangan pendidikan. Kini, Astro tidak lagi menyiarkan rancangan-rancangan G4. Saluran 13 telah diberhentikan pada 1 Februari 2007.

TV9 (2007-2008)

Ketika bersiaran di TV9 pada 3 Januari 2007 hingga 31 Disember 2008, TV Pendidikan bersiaran dari 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari setiap Isnin hingga Khamis termasuk cuti sekolah. Kemudianya, TV Pendidikan meletakkan sebuah logo kekal di kiri atas skrin, dan disiarkan terus dengan logo TV9 di kanan atas hanya semasa rancangan 4 jamnya, kecuali semasa rehat pendek antara rancangannya. Rancangan disiarkan dengan cara berbeza iaitu minggu pertama merupakan siaran pertama, dan minggu kedua ialah siaran ulangan.[7]

TV Pendidikan telah ditamatkan pada 31 Disember 2008 dan digantikan dengan laman sesawang EDUWEBTV.[8]