Sejarah Tanah_besar_Asia_Tenggara

Vietnam lebih dipengaruhi pengaruh China sementara Kemboja, Laos dan Thailand lebih mirip kepada pengaruh India. Kini, istilah Indo-China digunakan secara mutlak untuk memerikan kawasan Laos, Kemboja dan Vietnam. Indo-China Perancis pula menceritakan kawasan takluk yang menjadi jajahan Perancis sehingga Perang Vietnam.

Kerajaan Khmer gagah bertapak di Indo-China sehingga campur tangan Eropah dan kejatuhan Kerajaan Champa dan pengluasan Kerajaan Annam. Kemasukan

Eropah bermula dalam kurun Ke-16. Dalam

kurun Ke-19, Perancis menjajah Cochin dan mengambil Kemboja (1863), Annam (1884) dan Tonkin (1884) sebagai wilayah di bawah perlindungannya. Dalam tahun 1887, jajahan-jajahan ini digabungkan menjadi jajahan Indo-China (bandingan dengan permulaan campur tangan British di negeri-negeri Melayu mulai tahun 1874). Laos ditambah kepada jajahan Perancis dalam tahun 1893.

Sungai Mekong yang merupakan sungai terpanjang di Asia Tenggara menjadi nadi perhubungan yang utama di Indo-China selain Tasik Tonle Sap yang menyumbang kepada aktiviti pengangkutan dan perikanan serta pertanian.