Tanan_bersih
Tanan_bersih

Tanan_bersih

Tanan bersih (Bahasa Inggeris: net tonnage atau singkatannya NT) ialah kiraan isipadu dalaman ruang palka kapal. Ia dinyatakan dalam unit tanan, iaitu unit isipadu dalam 100 kaki padu ((~2.83 m³).[1] Unit "tan" untuk isipadu tidak boleh dikelirukan dengan unit "tan" untuk berat yang lebih banyak digunakan. Tanan bersih bukanlah satu kiraan untuk berat kapal atau jumlah sesarannya dan tidak boleh dikelirukan dengan istilah seperti berat mati, tanan berdaftar bersih atau sesaran. Tanan bersih dan tanan kasar, ditentukan oleh "Konvensyen Pengiraan Tanan Kapal Antarabangsa, 1969" (The International Convention on Tonnage Measurement of Ships, 1969) dan mula dikuatkuasakan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa pada 18 Julai 1982. Kedua-dua pengiraan ini menggantikan "tanan berdaftar kasar" (grt) dan "tanan berdaftar bersih" (nrt). Tanan bersih dikira berdasarkan "Isipadu teracu semua ruang kargo kapal" dan digunapakai untuk menentukan perkara seperti cukai pelabuhan.