Tanan_kasar
Tanan_kasar

Tanan_kasar

Tanan kasar (Bahasa Inggeris: gross tonnage: singkatan GT) ialah satu indeks tanpa unit berkaitan dengan isipadu keseluruhan dalaman kapal. Tanan kasar berbeza dengan tanan berdaftar kasar.[1] Kedua-duanya tidak digunakan untuk menghitung jumlah sesaran kapal (berat) dan tidak boleh dikelirukan dengan istilah seperti berat mati, tanan bersih atau sesaran.Tanan kasar dan tanan bersih, ditentukan oleh Konvensyen Pengiraan Tanan Kapal Antarabangsa, 1969 (The International Convention on Tonnage Measurement of Ships, 1969), yang digunakan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa pada tahun 1969, dan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 18 Julai, 1982. Kedua-dua kiraan ini menggantikan tanan berdaftar kasar (GRT) dan tanan berdaftar bersih (NRT). Tanan kasar dikira berdasarkan "isipadu teracu semua ruang tertutup kapal" dan digunakan untuk menentukan perkara seperti peraturan keanggotaan, peraturan keselamatan, yuran pendaftaran dan caj pelabuhan, sementara Tanan Berdaftar Kasar yang lama, digunakan untuk menghitung isipadu beberapa ruang tertutup sahaja.