Manga Tankōbon

Tankōbon di sebelah kiri (siri Love Hina jilid ke-11) merupakan versi yang lebih kecil daripada tankōbon versi Inggeris di sebelah kanan imej (siri Genshiken jilid ke-8).

Selalunya, manga akan diterbitkan dahulu dalam sebuah antologi atau himpunan karya bersaiz buku telefon secara mingguan atau bulanan yang digelar majalah manga (seperti Afternoon, Weekly Shōnen Jump atau Hana to Yume). Antologi-antologi ini seringkali mempunyai beratus-ratus halaman dan berdozen lagi cerita individual oleh ramai penulis. Mereka dicetak menggunakan kertas akhbar kos rendah dan dianggap pakai buang. Sebuah tankōbon akan mengumpulkan setiap keluaran daripada sebuah siri dan mencetak semula karya tersebut dalam sebuah jilid berbentuk buku kulit lembut menggunakan kertas yang lebih berkualiti.

Dalam bahasa Inggeris, meskipun penterjemahan sebuah tankōbon selalunya dipasarkan sebagai "novel grafik" atau "buku kulit lembut dagang", istilah tankoubon dan tankōbon yang ditransliterasikan kadang-kala digunakan dikalangan komuniti dalam talian. Rakyat Jepun seringkali merujuk kepada manga tankōbon sebagai komikkusu (コミックス), daripada perkata bahasa Inggeris untuk "komik".

Istilahnya turut merujuk kepada formatnya sendiri, iaitu sebuah koleksi dalam saiz buku kulit lembut dagang (lebih kurang 13 × 18 cm (5" × 7"), berbeza kepada yang lebih besar iaitu 18 × 25 cm (7" × 10")) yang merupakan format yang digunakan dalam novel grafik tradisional Amerika. Format tankōbon telah "menyerang" pasaran komik Amerika, di mana penerbit-penerbit buku terkenal berputus untuk mengeluarkan beberapa judul mereka dalam format yang lebih kecil ini. Format ini juga digelar "format cerna" atau digest format. Di Amerika, banyak manga dikeluarkan di dalam sebuah saiz yang kononnya digelar "Tokyopop trim" atau "Tokyopop size" (saiznya lebih kurang 5" x 7.5"),[3] asalnya diperkenalkan oleh Tokyopop.