Tarian_Piring
Tarian_Piring

Tarian_Piring

Tarian piring atau tari piring (bahasa Minangkabau: Tari Piriang) merupakan sebuah seni tarian kebudayaan orang Minangkabau yang kini lazim bukan sahaja di Indonesia kini malah di negara lain mempunyai masyarakat diaspora etnik ini termasuk penduduk Negeri Sembilan di Malaysia. Tarian ini secara tradisionalnya berasal dari Solok, Sumatra Barat.[1]Tarian ini dilakukan di mana penari memegang (baik menadah atau megenggam) piring di tapak tangan mereka[2] diiringi dengan lagu yang dimainkan oleh talempong dan saluang; pergerakan sebegini berniat menyerupai perbuatan para petani semasa bercucuk tanam dan menuai dan sebagainya langkah-langkah dalam silek yakni silat diamalkan masyarakat Minangkabau.[3] Kadangkala, piring-piring itu akan dilontar ke udara atau pun dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari-penari tersebut tanpa rasa takut, Malah, pemijakan sebegini tidak melukakan penari lalu menambah rasa takjub atau gerun dalam kalangan penonton selain berestetika dan magis dan kejutan dalam tarian ini.