Sejarah Team_Lotus_(2010–11)

Pembentukan

Lotus Racing dikendali oleh 1Malaysia F1 Team, iaitu usahasama Kerajaan Malaysia dan sebuah konsortium usahawan Malaysia[3] seperti Proton (pemilik Lotus Cars), Litar Antarabangsa Sepang (SIC), AirAsia, Naza Motors, Persatuan Sukan Bermotor Malaysia dan Persatuan Automobil Malaysia. Walaupun demikian, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa kerajaan sendiri tidak melabur dalam pasukan F1 ini[4] selain melabur melalui Proton.[5]

Pasukan ini terbentuk setelah pasukan Litespeed F3 berjumpa dengan Tony Fernandes.[6] Litespeed pernah cuba menyertai musim 2010 sendiri dengan nama pasukan Lotus, tetapi gagal.

Ini menandakan kembalinya nama Lotus sebagai pengeluar kereta Formula Satu sejak musim 1994, ketika syarikat Team Lotus yang asal menarik diri dari sukan ini. Tiada apa-apa hubung kait antara pasukan baru dan lama tersebut selain namanya.

Tony Fernandes, pengasas dan CEO Malaysian-based Tune Ventures, pemilik syarikat penerbangan AirAsia adalah pengarah pasukan. Pada mulanya bercadang ntuk meletakkan jawatan selepas musim bermula,[7] beliau telah mengindikasikan beliau akan kekal memegang jawatannya.[8] Pengarah teknikal pasukan adalah Mike Gascoyne.[3]

Pihak pasukan mengumumkan pelantikan Riad Asmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia F1 Team Sdn. Bhd.[9] Asmat pernah bertugas sebagai Pengurus Besar di pejabat pengarah pengurusan Proton Holdings Berhad, di mana pada tahun 2006, beliau dipertanggungjawabkan membangunkan program sukan bermotornya, termasuk R3 dan Proton Axle Team, selain penglibatan syarikat ini dalam pasukan A1 Team Malaysia. Keith Saunt turut dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi pasukan yang menguruskan penyusunan teknikal di Britain, melapor kepada Ketua Pegawai Teknikal Mike Gascoyne. Saunt ditugaskan memantau operasi teknikal seharian di pangkalan pasukan di Hingham. Pengalaman Saunt dalam bidang teknikal F1 termasuk bersama Team Lotus International, Benetton, Renault dan Red Bull Racing, di mana beliau pernah bertugas sebagai ketua pegawai operasi dan pengarah Red Bull Technology.[10]

Pasukan itu pada awalnya akan berpangkalan di kemudahan RTN (Racing Technology Norfolk Ltd.) di Norfolk, UK, 10 batu daripada kilang Lotus Cars. Pusat rekaan masa depan pasukan mereka, R&D, pembuatan dan pusat teknikal akan dibina khas di Litar Antarabangsa Sepang Malaysia.[3]

Pada 2 Mac 2010, pasukan itu mengumumkan bahawa sebuah perjanjian penajaan telah ditandatangani dengan CNN.[11]

Musim 2010

Jarno Trulli memandu Lotus T127 semasa ujian pra-musim di Jerez.Heikki Kovalainen tamat dalam kedudukan kelima belas semasa perlumbaan pertama, di Grand Prix Bahrain 2010.

Pembangunan kereta 2010 bermula lewat, kerana penerimaan lewat kemasukan pasukan. Bekerja dengan Fondtech pada aerodinamik, pasukan ini akan menggunakan enjin yang dibekalkan oleh Cosworth,[3] dan kotak gear daripada Xtrac.[12] Reka bentuknya didedahkan pada awal Oktober 2009 melalui program terowong angin.[13]

Pada 14 November, Tony Fernandes memberitahu media bahawa pasukannya telah menandatangani pemandu pertamanya, tanpa mendedahkan namaya.[14] Sebulan kemudian, pihak pasukan mengumumkan nama-nama pemandunya untuk musim 2010, iaitu bekas pemandu Toyota, Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen, McLaren.[15] Pemandu Malaysia Fairuz Fauzy turut disahkan sebagai pemandu ujian dan simpanan pasukan.[16]

Kereta 2010, T127, dicuba secara persendirian di Silverstone oleh Fauzy pada 9 Februari 2010.[17] Kereta ini dilancarkan secara rasmi pada 12 Februari 2010 di London.[18]

Lotus Racing membuat penampilan sulung di Grand Prix Bahrain, apabila Kovalainen dan Trulli menghabiskan perlumbaan masing-masing di tempat ke-15 dan ke-17, walaupun Trulli menarik diri disebabkan masalah hidraulik di pusingan terakhir. Pada 27 Jun 2010, pasukan ini menyambut perlumbaan ke-500 dalam sejarah jenama Lotus. Pada musim ,Grand Prix British diketahui bahawa Lotus sedang berunding demi enjin Renault untuk musim 2011, di samping well as a formal renaming of the team to Team Lotus.[19][20]

Biarpun tidak meraih apa-apa mata, namun Lotus menghabiskan musim 2010 di tangga ke-10 kedudukan pengeluar muktamat, hasil tempat ke-12 yang diraih oleh Kovalainen di Grand Prix Jepun, mengatasi pasukan-pasukan baru lain, Hispania dan Virgin.

Musim 2011

Logo Team Lotus yang digunakan oleh pasukan bagi musim 2011.

Pada 5 Oktober 2010, Lotus Racing mengumumkan bahawa pihaknya menerima perjanjian dengan Red Bull Technology untuk bekalan kotak gear dan sistem hidraulik mulai tahun 2011.[21] Dalam penaiktarafan teknikal besar ini, ramai kakitangan Force India meninggalkan pasukan itu untuk menyertai Lotus dan membantu pembangunan kereta.[22][23]

Pada 24 Oktober 2010, pasukan Lotus mengesahkan rancangan membina kemudahan terowong angin khas di pangkalannya di UK. Selain itu, Lotus dan pasukan GP2-nya, Team Air Asia bakal membesarkan operasi di tapak kilang sedia ada dengan alih dua lagi unit supaya Team Air Asia ada pangkalan tetap di samping operasi Lotus.[24] Pada 5 November 2010, Lotus mengesahkan persahabatan enjin bersama Renault selama dua tahun seterusnya.[25]

Pada 30 November 2010, FIA mengeluarkan senarai kemasukan musim 2011 yang mana Lotus Racing disenaraikan dengan nama "Team Lotus".[26] Untuk menunjukkan kelancaran rancangannya, Lotus menjenamakan semula kilangnya, menukar tapak web rasminya dan memperkenalkan logo barunya.[27]

Lotus mengumumkan pelancaran kereta baru mereka, Lotus T128 – menerusi saluran Internet pada 31 Januari 2011.[28]

Rujukan

WikiPedia: Team_Lotus_(2010–11) http://www.autosport.com/news/report.php/id/78691 http://www.autosport.com/news/report.php/id/80563 http://www.autosport.com/news/report.php/id/80888 http://www.autosport.com/news/report.php/id/81802 http://www.autosport.com/news/report.php/id/86677 http://www.autosport.com/news/report.php/id/87532 http://www.autosport.com/news/report.php/id/88743 http://www.autosport.com/news/report.php/id/89072 http://www.bernama.com/bernama/v6/newsindex.php?id... http://www.caterhamf1.com