Toyota_Racing

Panasonic Toyota Racing merupakan sebuah pasukan Formula Satu yang dimiliki oleh pengeluar kereta kebangsaan Jepun, Toyota. Pasukan ini berpangkalan di Cologne, Jerman. Walaupun berjaya mendapat mata kejuaraan pada perlumbaan pertama mereka,[1] Panasonic Toyota Racing tidak pernah memenangi sebuah Grand Prix, dan keputusan terbaik mereka ialah di tempat kedua, dan mereka telah mencapai keputusan ini sebanyak lima kali, pada tahun 2005, 2008 dan 2009.[2][3][4]Toyota dikritik kerana kurang berjaya,[5] terutamanya selepas musim 2006, di mana keputusan terbaik pasukan ialah tempat ketiga, iaitu di Grand Prix Australia. Toyota merupakan salah sebuah pasukan yang ditaja dengan baik, namun pasukan tidak pernah mencapai keputusan yang konsisten.[6]Pada 4 November 2009, Toyota mengumumkan yang mereka akan menarik diri dari Formula Satu, maka berakhirlah kemajuan Toyota selepas lapan musim.