Teh_buih

Teh susu mutiara (Cina tradisional: 珍珠奶茶; pinyin: zhēn zhū nǎi chá, Bahasa Inggeris: bubble tea), teh mutiara[1] atau [teh] boba (Cina tradisional: 波霸奶茶; pinyin: bō bà nǎi chá) ialah sejenis minuman berasaskan teh yang dicipta di Tainan dan Taichung, Taiwan pada tahun 1980-an.[2] Ia terdiri daripada sejenis teh ditambah susu atau sebaliknya serta dimaniskan mengikut citarasa sebelum ditaruh atau ditambah bebola kecil kanji ubi; jeli buah, cincau, agar dan puding sering juga ditambah. Minuman ini juga dibekukan dan dikisarkan untuk menghasilkan konsistensi yang lembap.[3]Minuman ini boleh didapati dalam pelbagai perasa, namun minuman berasaskan teh hitam dan teh hijau yang paling popular.[3]