Telur_padi
Telur_padi

Telur_padi

Telur padi (Cina ringkas: 皮蛋pinyin: pídàn) juga dikenali sebagai telur pindang Cina, telur seratus tahun, telur seribu tahun, telur seabad, telur sealaf, telur kulit dan telur hitam, ialah produk makanan Cina yang diawet dan menjadi makanan istimewa yang dibuat dengan memeram telur itik, ayam atau telur puyuh ke dalam campuran tanah liat, abu, garam, kapur, dan sekam padi selama beberapa minggu hingga beberapa bulan, bergantung kepada kaedah pemprosesan.[1]Melalui proses itu, kuning telur menjadi hijau gelap kepada warna kelabu, dengan konsistensi berkrim dan rasa yang kuat kerana hidrogen sulfida dan ammonia yang hadir, manakala bahagian putihnya menjadi coklat gelap, jeli lutcahaya dengan rasa masin. Agen transformasi dalam telur padi adalah garam alkali, yang secara beransur-ansur meningkatkan pH telur sekitar 9-12, semasa proses pengawetan.[2] Proses kimia ini memecahkan beberapa protein kompleks dan lemak tanpa rasa, yang menghasilkan pelbagai sebatian rasa kecil yang lebih halus. Sesetengah telur mempunyai corak berhampiran permukaan putih telur yang disamakan dengan cabang pokok cemara atau pain, yang menimbulkan salah satu nama Cinanya, telur corak pain.

Telur_padi

Variasi telur itik, ayam atau puyuh
Nama alternatif telur padi, telur peram, telur seabad, telur sealaf, telur seratus tahun, telur seribu tahun, telur hitam, telur kulit, telur pindang Cina
Bahan utama Telur yang diawet di dalam tanah liat, abu kayu, garam, kapur, sekam padi
Tempat asal China