Tentera_Darat_Ke-6_Panzer

Tentera Darat Ke-6 Panzer (6. Panzer-Armee) adalah sebuah formasi Tentera Darat Jerman, dibentuk pada musim gugur 1944. Tentera Darat Ke-6 Panzer adalah yang pertama digunakan sebagai pasukan ofensif semasa Pertempuran Bulge, dimana ia beroperasi sebagai elemen paling utara dari serangan Jerman. Ketumbukan ini kemudiannya dipindahkan ke Hungary pada awal tahun 1945 dan digunakan sebagai gerakan ofensif dan defensif disana. Pertempuran terakhir Tentera Darat Ke-6 Panzer telah dilakukan di Austria sehingga tumbangnya Jerman Nazi, dimana ketumbukan ini telah hilang semangat sepenuhnya. Saki baki ketumbukan akhirnya menyerah kalah kepada Tentera Darat A.S. Panglima Panzer Ke-6, SS-Oberstruppenführer Josef Dietrich berkata pada awal tahun 1945: "Kami memanggil diri kami "Tentera Darat Ke-6 Panzer", kerana kami hanya ada 6 Panzer (kereta kebal) yang tinggal".[1]