Tentera_Laut_Diraja_Brunei
Tentera_Laut_Diraja_Brunei

Tentera_Laut_Diraja_Brunei

Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) merupakan sebuah cabang pasukan tentera laut dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Ia bertanggungjawab bagi mengawal, menjaga dan meronda perairan negara Brunei Darussalam. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Tentera Laut Diraja Brunei dilengkapi dengan kapal-kapal peronda dan kapal perang laju yang dilengkapi dengan sistem peluru berpandu dan senjata anti pesawat dan permukaan.[1]Tentera Laut Diraja Brunei telah ditubuhkan pada 14 Jun, 1965. Ia merupakan unit kedua yang ditubuhkan selepas Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. TLDB berpangkalan di Muara, yang mana terletak kira-kira 4 km dari Bandar Muara dengan majoriti anggotanya berbangsa Melayu. Sejak tahun 1977, TLDB telah dilengkapkan dengan kapal-kapal berpeluru berpandu dan kapal peronda pantai. Kesemua kapal TLDB menggunakan awalan KDB yang bermaksud Kapal Diraja Brunei. TLDB kini diketuai oleh Kol (L) Hj Abdul Halim bin Hj Abu Hanifah sejak bulan Mei 2008.[2]