Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Laut (disingkatkan kepada
TNI-AL, dalam
Bahasa Inggeris "Indonesian National Military-Naval Force") adalah
cabang laut bagi
Tentara Nasional Indonesia. Ia ditubuhkan pada 10 September 1945 dan mempunyai tanggungjawab meronda
kawasan pesisiran Indonesia yang panjang, untuk menguatkuasa dan membuat rondaan
perairan wilayah dan
zon ekonomi eksklusif (EEZ) Indonesia, untuk melindungi kepentingan strategik maritim Indonesia, untuk melindungi pulau-pulau seluruh Indonesia, dan mempertahankannya dari ancaman serangan laut. Ia mempunyai sekitar 126 buah
kapal perang pelbagai kelas dan jenis, menjadikan angkatan ini sebagai salah satu angkatan tentera laut yang terbesar dari segi keanggotaan dalam kalangan negara-negara
Asia Tenggara.Angkatan Laut ini dipimpin oleh seorang
Kepala Staf (disingkatkan kepada Kasal). Angkatan ini turut diperkuatkan dengan tiga armada utama yang dikenali sebagai "
Armada" iaitu Komando Armada I (Markas 1 Armada) bertempat di
Jakarta, Komando Armada II (Markas 2 Armada) bertempat di
Surabaya, Komando Armada III (Markas 3 Armada) bertempat di
Sorong, dan sebuah Markas Angkutan Laut Tentera (Komando Lintas Laut Militer). Angkatan Laut juga memimpin
Korps Marinir Indonesia.Semua kapal dalam armada TNI-AL membawa imbuhan awalan KRI yang bermaksud Kapal Republik Indonesia (Republic of Indonesia Ship).